Friday 31 August 2012

ANIMATED KAWAII BULLET 2


hai kawan2..
ape khabar?
hope sumenye baik2 blake...

jom dptkn icon yg cute ni tuk jdkn bullet korg..
jeng3...
 ^_^
jgn lpe klik image tu tuk dptkn url...
papai..































Tuesday 28 August 2012

ANAK MALAYSIA

hai..kawan2.. sihat?..
3 hri je lg nk smbut hri merdeka kn...
huhu...thun ni 'merdeka raya' la kite erk...

korg da pasang bendera blum?
kt mne2 la...sbgai tnda mghargai bendera kita 'JALUR GEMILANG'
igt lg x ape fungsi2 lam bendera kite tu..huhu...
sya-sya pon xberapa igt..jom refresh blik..

 14 jalur merah dan putih (melintang): Tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Biru tua : Maknanya perpaduan rakyat Malaysia. 

Anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.

Bintang pecah 14 itu : tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. 

Warna kuning pada anak bulan dan bintang :   warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

tunggu ape lg..jom kibarkan jalur gemilang kite!!!




Monday 27 August 2012

TUTORIAL :: CARA TUKAR BLOGSKIN




Hai kawan2..sihat?..

ha..hri ni sya-sya nk ajar korg cmne nk pki blog skin..
msh rmi lg yg tkut nk try pki blogskin..
xla ssh sgt..cme kne pandai men ngn html code..
tu je..
kot2 la korg berminat..ni yg sya-sya nk tuto ni..



Nk thu x cmner carenye?

ok..jom...

PART 1

try la cri skin yg korg nk tu...kt SINI
then, korg klik 'blogger main'



dah?..ok..korg jgn lupe copy code tu...
jgn lupe paste kt mne2 sbg backup..kang ilang lak..







PART2

korg pg kt dashboard ⇒ template ⇒ Scroll down ke bawah skali⇒ 
klik 'revert to the classic template' 





jgn wisau korg punye blog akan jd old n classic skrg ni..
ok,then korg delete sume yg ade kt template HTML

pastu korg pastekn code blogskin yg korg pilih tu..

dah? try preview...kn cntik tu...
skarg save template tu!!!

edit la mne2 yg patut...mcm pic ke..words ke..anything la


SELAMAT MENCUBE.


Sunday 26 August 2012

ANIMATED KAWAII BULLET 1



Hai sahabat blogger!!
Entry kali ni syasya nak kongsikan bullet yang cecomel untuk blog korang.
okey, jangan lupa drop comment di bawah sekali tuuuuu once korang da copy image..


































Sunday 19 August 2012

1 HARI DI HARI RAYA


hai sahabat bloggers!
salam syawal dri sye n smue fmly sye...hmm..mcm mne first day beraya..?
seronok??
syukur, sya2 n fmly thun ini beraya dgn pnuh rye syukur n bhgia..harap, kawan2 jgk bgitu hndknye.,,sya2 ske sgt bile dpt bjmaah mlakukan ibadah brsama2 ngn fmly tcinta..tu yg plg xdpt dilupakan..hmm..hri ni agak pnt..fmly sya2 sume da trik slimut da..bungkus..haha..bru 2 buah rumah pg ziarah ptg td..esok, smbung lg...yay..yg plg syok da tua2 ni pon dpt gak duit rye..kekeke..ape yg speselnye nth..yg pic kt ats tu kuih rye sya2 la tu...kuih tunjuk je.. :p 
sya2 snp sparuh je la..yg len lam bungkusan lg...heheh..kawan2 mcm ne lak hri ni..sonok x? ziarah sedare mare..salam tkziah dr sya2 n Al-fatihah bt muslimin n muslimat yg telah pon kmbli ke rahmatullah...bg kawan2 yg kurang bernasib baik, sya2 doakan yg terbaik bt korg...
-amin-

okla..sya2 pon pnt gak ni..nk rest la..heheh...papai...
salam dr sya2..

Wednesday 15 August 2012

KAWAII 'HOME' ICON


hai kawan2 
hari ni sya2 nk share icon home ...
lau ske amek jer..jgn segan2..
sya2 msh bru lg lam create2 mende mcm ni..heheh
hope korg sudi la trime..haha..cam ade org nk jer freebies ni..


huhu..
klik pada image tuk dptkn url
papai ~,~





















Saturday 11 August 2012

DARIKU UNTUKMU : MUSLIMAH MEMANG TAK GUNA....





Muslimah memang tak guna..???"

Buat sahabat muslimah terutamanya.....

Tetap tenang dan teruskan membaca dengan teliti....smile😊😊


 Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA baju yang nipis dan ketat apabila keluar rumah, sehingga terbayang kulitnya dan bentuk badannya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

 Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

 Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

 Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

 Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? 

Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

 Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TIDAK GUNA tudung yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya dan menampakkan bahagian yg sepatutnya ditutup. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

 Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lunak manja itu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

 Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

 Perempuan islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

 Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

"Hendaklah mereka (wanita) menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung ke
dadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya (auratnya) kecuali kepada
mahram mereka.”
(Surah an-Nuur 24: 31)

peringatan ni untuk ana n smua muslimah :)
kepada muslimin pula, antum boleh 
nasihatkan kakak, adik, ibu, nenek, saudara perempuan, 
teman n sesiapa saja muslimah disekeliling.