Monday, 29 April 2013

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday, 26 April 2013

BACKGROUND 3 : CUTE/ KAWAII/ MIX



Hai kwan2 sume...sht?
kpd spe yg tgh cri cute background tuk blog ke, twitter ke...ape2 jew la...mybe korg bole copy link/image kt bawah ni...
juz for share....(^_^)v














TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT




Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu. 

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.  

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen. 


Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar. 

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat. 

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik? 

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan. 

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin). 

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda. 

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman. 

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.  

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi. 

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur. 

Ingat Cantik, ingat vitamin C.


Tuesday, 16 April 2013

PSSTTTTT!!!! INI RAHSIA TENTANG SI LELAKI....


Oh Rahsia Si Lelaki!
hai sahabat pembaca diluar sana...hari sya-sya nk share sedkit maklumat ttg si lelaki yg dipetik dpd majalah remaja...huhuh...mesti korg xsaba nk bace kan3... ok jom layanzzzz....

:iconyuiwahplz:


Musim silih berganti, namun tidak bagi pendirian seorang lelaki. Tidak di nafikan kaum lelaki gemar menyembunyikan sesuatu. Mereka cukup pantang membiarkan ego mereka di ketahui oleh kaum perempuan. Beribu alasan akan mereka lontarkan. Mari ikuti REMAJA mengenali 20 fakta dan misteri seorang lelaki dalam sesuatu hubungan. memang suka perempuan yang cantik, namun tidak semua yang akan bersungguh-sungguh untuk mendekati perempuan tersebut kerana bagi mereka, mereka hanya suka melihat sahaja.

Lelaki boleh mengambil masa beberapa minit sahaja menyukai seseorang! Malah, mereka juga boleh melupakan seseorang dalam sekelip mata!

 “Awak buat apa tuh?” atau “Awak dah makan?” itu memang soalan lazim mereka untuk memulakan perbualan. Ini adalah satu teknik lelaki untuk membuangkan gugupnya ketika berbicara dengan kamu.

Lelaki lebih terpikat dengan perempuan yang ‘jual mahal’ kerana bagi mereka lebih mencabar.

Buat pengetahuan kamu, lelaki suka jika tangannya di sentuh oleh pasangannya tidak kiralah sama ada sengaja atau tidak di sengajakan.

Hati-hati ketika menghantar pesanan ringkas pada seorang lelaki, kerana jika kamu hantar pesanan yang tidak lengkap mereka akan terus ‘jump into the conclusion’.

Lelaki memang nakal, adakalanya sampai boleh di katakan ‘ulat bulu naik daun’ jugalah. Namun, di sebalik kenakalan mereka, bila mereka berhadapan dengan wanita idaman mereka akan terdiam dan membisu seribu bahasa. Percayalah!

Jika kamu kata ‘TIDAK’ pada lelaki, mereka tidak akan terus berputus asa. Malah mereka akan menganggap perkataan itu seperti ‘Sila cuba lagi!’.

Lelaki suka seorang perempuan yang kelakar, spontan, dan agak kalam kabut (in a good way) kerana, bagi mereka perempuan seperti ini comel dan boleh membuatkan hatinya sentiasa tercuit.

Mereka sangat berharap mempunyai seorang kekasih hati yang boleh di jadikan sebagai ‘geng kamcing’ mereka juga.

Kamu boleh menguji kesetiaan dan keikhlasan seorang lelaki, namun jangan berterusan dan berlarutan kerana lama kelamaan mereka akan mula hilang minat dengan kamu.

Lelaki lebih suka meminta nasihat dan pandangan daripada kaum sejenisnya sahaja manakala perempuan pula hanya tempat meluahkan isi hati dan rasa.

Jika si dia suka mengusik kamu sehingga adakalanya membuatkan kamu tersipu-sipu itu bermakna si dia menyukai kamu.

Mereka akan menjadi ‘singa’ bila bersama keluarga dan kawan-kawan tetapi bila dengan kekasih hati  mereka akan terus bertukar menjadi ‘kucing’ yang paling jinak dan manja.

Walaupun dalam keadaan cemas dan tegang mereka akan sentiasa berlagak ‘cool’ dan tenang untuk menghadapinya. Padahal dalam hati degupannya dah seakan bunyi ‘heavy metal’. Jadi nak tahu si dia betul-betul cuba menyembunyikan gugupnya atau sebaliknya lihat adakah si dia berpeluh atau tidak.

Jika lelaki kata dia gagal mengenali kami itu bermakna si dia cuba ingin memberitahu kamu tidak ‘sekepala’ dengannya.

Sekirannya kamu di jadikan sebagai tempat mengadu nasib tentang hubungan dengan kekasih hatinya percayalah, selepas sahaja dia memutuskan hubungan kamu pasti akan dijadikan sebagai penganti! Kerana mereka akan tertarik dengan sikap penyabar dan keikhlasan kamu berkawan dengannya.

Jika di siang hari mereka menghabiskan masa dengan berpuluh wanita yang berbeza, di malam hari sebelum melelapkan mata hanya aka nada satu nama sahaja yang bermain di fikirannya.

Lelaki lebih cerewet memilih pasangan hidup. Jadi, hati-hati ya kaum perempuan kerana tidak semestinya kamu sudah bersama dengannya 10 tahun kamu confirm akan jadi pasangan hidupnya.

Mereka lebih tertarik dengan perempuan yang jauh lebih tua daripadanya ketika mereka berusia 23 tahun ke atas kerana sewaktu itu mereka mula memikirkan sesuatu hubungan yang lebih serius berbanding biasa.


sumber: remaja karang kraf

Sunday, 14 April 2013

PROJEK PASAR MALAM



testing3...
huhu..sje nk share pic...
mklum la..bru dpt kamera...:P
cian....







KERINDUAN TERUBAT SELEPAS 20 TAHUN TERPISAH





hai sahabat2 pembaca diluar sne....
rsenye lme da sya-sya xupdate blog ni...
huhu...actually xde citer nk diceritakan....
but today, mmg sya ade 1 story yg sgt best utk dikongsi....

terlebih dhulu, sya-sya nk pnjtkn syukur kpd Allah yg tlh mberi anugerah terindah dlm hidup sya-sya memiliki 2 org bonda n ayahanda.....Alhamdulillah...

Hurmm...pd sbtu lepas, 6/4/2013....
alhamdulillah, sya-sya dpt bertemu mk kandung n adik beradik kndung sya-sya...
lebih kurg 20 thun kitorg terpisah dek kerana kesempitan hidup msg2...n mcm2 lg la...huhu...xtaw nk ckp..
tu yg xdpt nk bertemu..but, Allah maha besar..sesungguhnye DIA lah yg mengetahui segalanya...
semua ni rhsia Allah..bile, dimana..tu sume kite xbole nk xpect..right?
mmg planning kami sekeluarga nk bertemu keluarga kandung sya-sya yg dduk di Raub, Pahang sane pada bln 11 ni...cuz, time tu sya-sya nk konvo da...alang2 singgah la situ...
tp, Allah maha Bijaksana...DIA yg mengatur segalanya, n kami dipertemukan awal thun ni...
citernye...bmula ngn kak Siti Nateha(kakak kndung) yg mnemukan nama pnuh sya-sya di internet....
taip3...tjumpe la blog ni...syukur, tidak sia-sia sya-sya meletakkan nama penuh di ruangn pengenalan diri dalam blog yg xseberapa ni... :3
then, trus la add kt FB sya-sya...
kt situ la kami mula berinteraksi...



mnurut bonda Laila(ibu kandung) sya-sya ni anak ke-8 dpd 9 org adik beradik...bestkn?
(^_^)
n lagi...sya-sya mempunyai 4 org abg(2 meninggal), 3 org kakak..n 1 org adik prmpuan...
sume adikberadik perempuan da married...huhu..kecuali sya-sya..heheheh..lmbt ckit la...
insyaAllah, raya thun ni, sya-sya akan beraya disana....bole la ltk kt blog ni pic dorg bersama sya-sya nt...hehe...xsaba plk rsenye...

mesti korg nk tgk pic ibu n adik beradik kndung sya-sya kn?
ok...jom layan jap...


bersama bonda laila (ibu kandung)..sme x muke kami....


bersama kak ngah n kak teh....amacam? sme x kami....

ratu hatiku.....bondaku sharifah...n bondaku laila...syg dorg sgt3....
oleh sbb muke dorg ni xde lam sesi bgmbar, nah sya-sya tepek skali 2 keping pic dorg...smekan muke ayahanda kedua2 ni,,,,ayahanda abas(abg) n ayahanda mokhtar(adik).....hihii...




n di bawah ni pic Malam Pernikahan adik bongsu sya-sya....uwa...xdpt pg...
T_T






ni pic adikberadik sya-sya yg ade skrg ni...jumlah 6 org...xtermasuk sya-sya....
dari tepi, abg pian, kak teh, kak aton, kak ngah, n abg daud....



okla, tu sje utk dikongsikan...nk msuk tdo da...bsok nk blk ke tganu...yeay..tgl 2 bln jew lg....
xsaba3...pas ni..tgl praktikal jew...weeee...
salam syg dr sya-sya sbb sudi bce entri kli ni...okla..bubuy guyz...
:iconrubcheeksplz:
-xoxo-