Monday, 6 May 2013

KEPUTUSAN PRU13

hai...
pastinye korg nk thu result PRU13....jom share skit....


DUN

PARLIMEN
Prestasi Barisan Nasional (BN) pada keseluruhannya baik dengan berjaya mengekalkan penguasaan di negeri-negeri selain menawan semula Kedah dan menambah kerusi di Kelantan. 

BN dapat membentuk kerajaan di negeri jelapang padi selepas menang 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

BN berjaya menambah sebanyak tujuh kerusi daripada hanya 14 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008.


Di Kelantan, BN menangi 12 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan, peningkatan sekali ganda daripada enam kerusi yang dimenangi pada 2008. 

Enam kerusi yang ditambah adalah Galas, Air Lanas, Selising, Semerak, Gual Ipoh dan Dabong selain mempertahankan kerusi Nenggiri, Paloh, Kuala Balah, Bukit Bunga, Kok Lanas dan Pengkalan Kubor. 

Selain itu, prestasi baik BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga di Melaka, Pahang, Perlis dan Sabah. 

BN juga berjaya mengekalkan kuasa di negeri-negeri yang didakwa kononnya akan dimenangi pakatan pembangkang iaitu Negeri Sembilan, Johor, dan Perak. 
Parti gabungan turut kekal memerintah Terengganu setelah memperoleh majoriti mudah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi yang ditandingi. 

Bagaimanpun BN masih gagal menebus kekalahan di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang terlepas ke tangan pakatan pembangkang pada pilihan raya tahun 2008.



❀ No comments ❀