Friday 3 October 2014

DONUT GEBU MANJAHH!!!


Assalamualaikum guys!!
Mesti antara korang kat sini makan donut betul tak??
baik ngaku cepat...alahh...sape yang xsuka rasa manis gebu donut?
yummy yummy in my tummy..😋😋😋

hari ni syasya nak share dengan korang resepi khas daripada Che Nom..
resepi mudah dan pasti menjadi!
Syasya memang selalu la amik resepi2 yg dikongsikan beliauu..resepi kuih la, lauk pauk la..memang menjadi guysss..
sedap lak tuhhh!!
okeyhhh jangan buang masa zaasssssssss jom kite tengok bahan dan buat yeaaa..
goodluck 👍





SUMBER: che nom
Bahan-bahan:

Bahan untuk doh:
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu teh yis segera
  • 2 sudu besar air suam
  • 3/4 cawan susu full cream
  • 1/4 cawan gua kastor
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan mentega, suhu bilik





Bahan untuk coklat glaze:

  • 250g coklat bar, cincang kasar
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan susu full cream
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk donut:
  • Bancuh yis segera dengan 2 sudu air suam dan biarkan sehingga berbuih.
  • Satukan tepung, gula, garam di dalam mangkuk. Kacau sedikit menggunakan whisk supaya bahan kering digaul sebati. Kemudian gaulkan adunan tadi bersama butter.
  • Dalam mangkuk berasingan satukan susu, telur dan bancuhan yis. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kering dan kacau sehingga menjadi doh dan uli seketika. Taburkan dengan sedikit tepung jika doh melekat di tangan. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang sudah di gris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastik wrap. Biarkan doh naik menjadi dua kali ganda.
  • Apabila doh sudah naik dua kali ganda, keluarkan dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Kembali menguli selama 3-5 minit. Canai doh setebal 1/2 inci dan terap menggunakan acuan donut. Susun di atas dulang dan tutup dengan kain yang bersih dan biarkan donut naik 2 kali ganda sebelum menggoreng.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Sejukkan di atas tray dan salut dengan gula halus ataupun coklat glaze.
Cara untuk coklat glaze:
  • Panaskan susu di dalam periuk diatas api yang kecil. Apabila susu sudah suam, masukkan ketulan kecil coklat, gula dan mentega. Kacau sebati sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.





Thursday 26 June 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK


http://i1049.photobucket.com/albums/s389/SYASWEET/assalamulaikum.gif 
hai sahabat pembaca di luar sane..
ape kaba korg..
^_^ 
syasya Alhamdulillah sihat..n da sembuh dpd pnyakit chickenpox ari tu..
hmm..pejam celik pejam celik da nk masuk bulan yg dnanti2kan oleh umat islam iaitu, bulan Ramadhan, yg jtuh pada tarikh 29 JUN 2014..
haa..cmne ngn persiapan korg? da ready na rebut pahala??
hope sahabat semua da bersedia..

Inshaa Allah, syasya doakan semoga amalan ibadah kita semua diterima Allah s.w.t pada bulan yang mulia ini, amin.. 
Selamat berpuasa drpd sya-sya sekeluarga.
 



Friday 6 June 2014

AWAS, KESALAHAN YANG LAZIM KETIKA MENCUCI MUKA!!




Hai sahabat pembaca yg disayangi semua ^____^ 
td, mase syasya tgh google2 pasal penjagaan kulit muka..tetibe terjumpa la tips dpd remaja.karangkraf.com tentang kesalahan ketika mencuci muka..so, rse mcm na share pulak dengan korg artikel ni..
selamat membaca yea.


Terdapat 5 cara yang salah  ketika mencuci muka...

   MENCUCI DALAM KEADAAN TERGESA-GESA
Ya, memanglah mencuci muka adakalanya nampak remeh dan terlampau mudah untuk di lakukan. Tetapi, ia sebenarnya sangat penting buat para gadis. Sikap kamu yang terburu-buru ketika mencuci muka boleh menyebabkan kotoran di muka tidak hilang sepenuhnya. Apa kata ambil sedikit waktu dalam masa 2-3minit untuk memanjakan kulit muka dengan urutan lembut jari jemari.

   MENGGUNAKAN AIR YANG TERLALU PANAS
Ada sesetengah berpendapat membilas basuhan muka menggunakan air suam adalah sesuatu yang bagus untuk kesihatan kulit. Namun itu tidak bermaksud kamu perlu menggunakan air yang masih panas berasap. Pekara ini akan menyebabkan kulit kamu kemerahan dan silap haribulan ada juga kulit yang melecur.

   KESALAHAN MENGGUNAKAN PRODUK PENCUCI MUKA
Tidak semua produk yang ada di pasaran sesuai di pakai oleh para gadis. Oleh itu wahai gadis, pastikan produk yang kamu pakai benar-benar bersesuaian dan memberi kesan positif pada kamu! Seeloknya carilah pencuci yang mempunyai kandungan susu  dan bahan yang boleh mengekalkan kelembapan kulit di wajah.

   TIDAK MEMAKAI PELEMBAP KULIT SELEPAS MENCUCI
Bercakap tentang kelembapan kulit, adalah satu kesalahan bila kamu tidak mengaplikasikan krim pelembap di wajah selepas mencuci muka. Oleh itu, belilah krim pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit agar ia memberi kebaikan pada kulit.

   TERLEBIH GUNA ‘WIPES’
Fungsi utama wipe adalah menghilangkan segala kotoran yang melekat di kulit wajah. Namun, jika terlalu kerap menggunakan tisu basah ini kulit muka kamu boleh mengering dan besar kemungkinan akan memberi kesan yang tidak baik. Oleh itu, elok jika kamu gunakan beberapa langkah yang betul seperti bersihkan ia dengan penangal solekan kemudian di ikuti dengan sesi membasuh muka agar kulit wajah sentiasa sihat dan segar.

Thursday 5 June 2014

OHNO, CHICKEN POX!!!!!




hai sahabat pembaca  semua  ^_^v
hope korg semuanya dlm keaadaan sihat sejahtera..
na taw sesuatu ta...syasya kne chicken pox la korg.
huhuhu..syukur keadaan syasya  xla truk sgt..yg tumbuh pon ta banyak..phew..
now ade bintik2 tu yg da pecah n ade yg belum..
yg sakitnye dekat kulit kepala..ssh na tido..yg lain ok je stakat ni..
mulanya syasya demam lepas balik jog hari Rabu, then, hari Sabtu, hari Nad bersanding bintik-bintik merah mula tumbuh~~ syasya ignore je, pg jgk majlis tu dengan rakan2 yang lain..heehee (bdk degil)

Pengalaman???
mmg xde la..ta pena kena pon..juz dgr nasihat org...jgn itu,jgn ini..tu jela..kena pantang la..




CARA SYASYA MERAWAT CHICKEN POX

Untuk rawatan awal ni syasya makan juga ubt yg doktor bekalkan, antibiotik,lotion calamine,ubt gatal..

Pastu untuk peringkat pengecutan luka, syasya try guna kunyit hidup,daun semambu n bedak sejuk.
mix all together2 letak dalam bekas.




Last sekali untuk peringkat hilangkan parut, syasya da siap2 kirim kt Mr.S belikan minyak bio-oil.



*semua pic2 ini dicopy dpd Mr.Google






Td bru je pg klinik mntk pnjgkn tempoh mc.. doktor pon ok je...suka pulak doktor tu tgk luka ni da kering...tp tu baru dekat muka doktor...kuikuikui..blom kt tempat2 lain..

ohya..b4 syasya terlupa, humm..this week,syasya cuti rehat kt rumah mak sini..
and another 1 week..syasya bercuti di Pahang...weeee~~~~
lme da planning na blik sana jumpa mak&abah..temtu dorg pon rindu,,
mggu tu jgk dorg na buat kenduri kesyukuran..katenye..tentu meriah..aww..ta saba na bermain dgn anak buah...

oke la guys, jum la pg tito, selamat malam!!

Sunday 27 April 2014

OHMYLIFE!!




hai sahabat pembaca diluar sana..
maaf sgt2..sebab agak lme mnyepi..apsal la syasya xhapdate2 yew??

bukan sengaja..la..syasya betul2 busy sejak bekerja ni..
T_T siyesly...mmg penat...
bygkn syasya msuk kul 8.00am blik kol 7.00pm sometimes 8.00pm..
syasya kje setiap hari..sabtu ahad pon... :( 
tp kan..lately ni syasya bnyk bt cuti sendiri..ape x nye..sampai demam dibuatnye sbb bdn xcukup rehat..
trukkn???

okela..mls na citer pnjg..






nk share dgn korg yg Quzy da xdew... :(  tgl ozzy je sbgi teman...++ Ozzy da dpt new house oke..cute sgt..sesuai la tuk dy jew..


pic yg kt atas tu..spe lg klu bkn syasya n zaty..comei x?? wekwek..pasan lebey jap..
dy la yg bnyk tlg & amek berat  pasal syasya taw..alamak..dga citer zaty na benti keje kt situ da..
plisss.. dun liv me alone dear...



hmmm...31 mei ni.. kwn syasya na kawen da..igt lg x syasya ade story pasal member jogging tu? haaa...ade 4org tmsuk syasya..slh 1 dpdnye NAD..dy la yg na kawen tu...eeeee...rse xcited sgt3..sanggup kami ber4 amek cuti hri isnin lepas pg cari bju yg sme kaler.. lepas 1jam nyotnyet2 pilih bju finally jumpa jgk..hepy3..xsaba na pakai same2 utk photoshot nnt..



lagi? 
for this week syasya rse mmg kje berlambak2 xcukup tgn...
29/4 audit 5S...
and 5/5 kne Audit unit Vektor pulak..
aigooo..cemane ni..Allah sje yg thu..hope semuanya oke..


masalah dgn boss? normal la tu..da kite bekerja dgn dorg..bese la..
pada syasya..amek yg positif   je..ade pekerja lain yg perasan n mmg terasa panas je bile tgk kdaan syasya yg kene mara la apela..huuhuu..
cemane la syasya bole cool erk? hahahaha....
klu xnak kne mara..kje la sendiri..bukak business right? lg untung..

bnyk sgt na story...tp rse mcm xsempat da...huhuhuhu..kne stop kat sini ..


Sunday 2 March 2014

LA TAHLA : JANGAN MEGELUH




Dalam kehidupan seharian kita sering mendengar kata-kata keluhan daripada sahabat, keluarga, dan sebagainya..apatah lagi zaman serba moden ini..pastinya di laman sosial menjadi pilihan umum untuk melepaskan keluhan...bahkan..diri kita juga tidak ketinggalan dalam melakukan hal sedemikian..

Sesungghuhnya, sikap mengeluh mununjukkan seolah-olah kita menyalahkan Allah yang maha mengatur segala atas muka bumi ini..selain itu juga..sikap ini seolah-olah kita tidak beriman kepada qada dan qadar..


Ketika kita mengeluh:

“eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

Ketika kita mengeluh:

“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab :

(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh : 

“Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab :

( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)

Ketika kita mengeluh:

“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."


ALLAH menjawab :

(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh:

tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."

ALLAH menjawab:

(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh :

“ Aku sedihh sangat...”


ALLAH menjawab:

ِ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "
(At Taubah : 40)

Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa...mulai saat ini..kita jauhilah sikap mengeluh oke..
jika kita pernah mengeluh dalam kehidupan dan kita menyedarinya...so, cepat2 istighfar ...mohon keampunan daripada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun.


Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^, amin ya rabb..




 

Sunday 23 February 2014

KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYAH




hai sahabat semua..
baru2 ni syasya pegi majlis ilmu..and  ad ustzh mengulas mengenai kelebihan  selawat tafrijiyah..
so...syasya na share dgn korg semua mengenai kelebiohan/ fadhilat selawat ini..
yang penting..kita harus istiqamah dlm beribadah ye kawan2..jgn cepat putus asa..
inshaa Allah..Allah itu maha mendengar...
selamat beramal...




Antara kebaikan megamalkan selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.

3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.

5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.


6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.





Imam ad-Dairuni r.a


11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.

41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.

100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.

313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.

1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.



Imam Qurtubi r.a. 

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.


Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

Saturday 22 February 2014

Menukar Home , Older & Newer Post kepada Image/ Icon Yang Comel


Hi syg2 semua..

heehee..
korg tahu x mcm mne na tukakan Home, Older & Newer Post kepada image/icon yg cute spt di bawah ni ?
↓↓↓↓


oke,kalau nak tahu jom...syasya guide..







1. Log in > Dashboard > Design > Edit Html

HOME

first, untuk buttom home, tekan Ctrl + F
them, copy code kt bwh ni
expr:href='data:blog.homepageUrl'><data:homeMsg/>
 Gantikan code yang berwarna pink tu dengan code di bawah :


<img src='http://i1049.photobucket.com/albums/s389/SYASWEET/home4.gif'/>




NEWER POST

2. Then , tekan Ctrl + F and cari perkataan :
<data:newerPageTitle/>
gantikan code diatas ni dengan code yg kt bawah ni :
  <img src="http://i1049.photobucket.com/albums/s389/SYASWEET/next3.gif"/>






OLDER POST

Then , Tekan Ctrl + F lagi sekali dan cari perkataan :

<data:olderPageTitle/>
gantikan code diatas ni dengan code yg kt bawah ni 
<img src='http://i1049.photobucket.com/albums/s389/SYASWEET/back2.gif'/>


* SEMUA yg bewarna pink tu , korang boleh tukarkan dengan korang punya URL image oke..syasya juz bg contoh img utk korg...


oke...siap?
korg bole la try preview..if xpuas hati..cuba cari image/icon cute yg lain...

kalau korg rse complete da...jgn lpe tkn button SAVE
akan dtg syasya akan bg freebies icon yg kawaii2 kat korg yg rajin singgah sini..
oke la...tu sje utk tuto hari ini..
SELAMAT MENCUBA!!

Friday 21 February 2014

LUKISAN DAKWAH: RUSYDEE ARTZ




Hai sahabat pembaca semua..
haaa...mesti antara korang dah tahu mengenai siapa pemilik lukisan2 ni kan?
'cantik' itulah pekataan pertama keluar dr mulut syasya bila melihat karya2 Muhammad Rusydi Rusydee Artz

nama beliau mmg tidak asing lagi dalam menghasilkan karya2 dakwah..
haa...seramai 118,671 follower d fb beliau..
syasya mmg suka la ngn msg2 di sebalik lukisan beliau..
siap buat DP lg oke...
hehehee..

untuk anda yang berminat nak jenguk FB MUHAMMAD RUSYDI  bole la klik sini
or kalau na jenguk PAGE RUSYDEE ARTZ pula sini




























CANTIKKAN??
^^, 

oke la..tu sje yg syasya na kongsi ngn korg mlm ni..
papai