Sunday 23 February 2014

KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYAH




hai sahabat semua..
baru2 ni syasya pegi majlis ilmu..and  ad ustzh mengulas mengenai kelebihan  selawat tafrijiyah..
so...syasya na share dgn korg semua mengenai kelebiohan/ fadhilat selawat ini..
yang penting..kita harus istiqamah dlm beribadah ye kawan2..jgn cepat putus asa..
inshaa Allah..Allah itu maha mendengar...
selamat beramal...




Antara kebaikan megamalkan selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.

3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.

5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.


6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.





Imam ad-Dairuni r.a


11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.

41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.

100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.

313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.

1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.



Imam Qurtubi r.a. 

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.


Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

❀ 2 comments ❀

Pha Is said...

nice share.. selawat ada banyak jenis. tak kisah selawat selawat mana 1 pun, janji selawat.. jgn x selawat langsung.. kalau mampu, selawat yg panjang2, kalau x mampu igt, selawat biasa pun sudah memadai.. asalkan mahu berselawat.
Allahumma solli a'la Muhammada wa a'la ali Muhammad.. :)

puan syasya said...

betul tu pha is
^^,
syasya juz share ape yg syasya thu..