Friday 6 June 2014

AWAS, KESALAHAN YANG LAZIM KETIKA MENCUCI MUKA!!




Hai sahabat pembaca yg disayangi semua ^____^ 
td, mase syasya tgh google2 pasal penjagaan kulit muka..tetibe terjumpa la tips dpd remaja.karangkraf.com tentang kesalahan ketika mencuci muka..so, rse mcm na share pulak dengan korg artikel ni..
selamat membaca yea.


Terdapat 5 cara yang salah  ketika mencuci muka...

   MENCUCI DALAM KEADAAN TERGESA-GESA
Ya, memanglah mencuci muka adakalanya nampak remeh dan terlampau mudah untuk di lakukan. Tetapi, ia sebenarnya sangat penting buat para gadis. Sikap kamu yang terburu-buru ketika mencuci muka boleh menyebabkan kotoran di muka tidak hilang sepenuhnya. Apa kata ambil sedikit waktu dalam masa 2-3minit untuk memanjakan kulit muka dengan urutan lembut jari jemari.

   MENGGUNAKAN AIR YANG TERLALU PANAS
Ada sesetengah berpendapat membilas basuhan muka menggunakan air suam adalah sesuatu yang bagus untuk kesihatan kulit. Namun itu tidak bermaksud kamu perlu menggunakan air yang masih panas berasap. Pekara ini akan menyebabkan kulit kamu kemerahan dan silap haribulan ada juga kulit yang melecur.

   KESALAHAN MENGGUNAKAN PRODUK PENCUCI MUKA
Tidak semua produk yang ada di pasaran sesuai di pakai oleh para gadis. Oleh itu wahai gadis, pastikan produk yang kamu pakai benar-benar bersesuaian dan memberi kesan positif pada kamu! Seeloknya carilah pencuci yang mempunyai kandungan susu  dan bahan yang boleh mengekalkan kelembapan kulit di wajah.

   TIDAK MEMAKAI PELEMBAP KULIT SELEPAS MENCUCI
Bercakap tentang kelembapan kulit, adalah satu kesalahan bila kamu tidak mengaplikasikan krim pelembap di wajah selepas mencuci muka. Oleh itu, belilah krim pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit agar ia memberi kebaikan pada kulit.

   TERLEBIH GUNA ‘WIPES’
Fungsi utama wipe adalah menghilangkan segala kotoran yang melekat di kulit wajah. Namun, jika terlalu kerap menggunakan tisu basah ini kulit muka kamu boleh mengering dan besar kemungkinan akan memberi kesan yang tidak baik. Oleh itu, elok jika kamu gunakan beberapa langkah yang betul seperti bersihkan ia dengan penangal solekan kemudian di ikuti dengan sesi membasuh muka agar kulit wajah sentiasa sihat dan segar.

❀ 4 comments ❀

Nora Karim said...

Nice sharing... tp mmg btul pun... kita kena urut perlahan2 masa cuci muka... barulah muka betul2 bersihkan? ^_^ Salam kenal...

Nora Karim said...

Nice sharing... tp mmg btul pun... kita kena urut perlahan2 masa cuci muka... barulah muka betul2 bersihkan? ^_^ Salam kenal...

Nora Karim said...

Nice sharing... tp mmg btul pun... kita kena urut perlahan2 masa cuci muka... barulah muka betul2 bersihkan? ^_^ Salam kenal...

Unknown said...

pelembap kulit tu jenis yang macam mana sis? ^_^