Sunday 28 October 2012

Bahagian Tubuh Petanda Penyakit Pada Diri




Setiap penyakit yang dialami datang dengan tanda-tanda yang tersendiri. Jika anda prihatin dengan petanda yang diberikan oleh tubuh, banyak masalah kesihatan yang boleh diketahui dan diambil tindakan. Antara bahagian badan yang sering dikaitkan sebagai pemberi petanda penyakit pada diri kita ialah mata, hidung, kulit dan kerongkong. Berikut adalah petanda pada tubuh tentang keadaan kesihatan anda:

1) MATA 
 Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2) HIDUNG 
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
* Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
* Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
* Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
* Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
* Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
* Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
* Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
* Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

3) KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

4) BIBIR.
 Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
* Sistem penghadaman yang lemah.
* Perut mengandungi angin.
* Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

5) MULUT DAN LIDAH
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

6) TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

7) KULIT
Peluh
* Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
* Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

8) SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

9) NAJIS DAN AIR KENCING
- Kencing berwarna kuning pekat
Tubuh kekurangan air. Tambah jumlah air yang diminum satiap hari. Selain itu minumlah the herba dan buah-buahan segar.
- Kencing berwarna merah/ merah jambu
Terdapat jangkitan pada pundit kencing yang akan menyebabkan pendarahan. Jumpalah doktor untuk ujian lanjut.
- Najis ada darah
Usus anda mungkin luka. Mungkin juga ada kaitan dengan kanser usus. Jumpalah doktor untuk ujian lanjut.


TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
* Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
* Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
* Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
* Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
* Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
* Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
* Sistem jantung yang lemah.
* Sistem saraf otak yang lemah.
* Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.

Diet dan Cara Pemakanan Asas Cegah Kanser




Hai sahabat blogers!!! Pencegahan awal terhadap sebarang penyakit kanser tidaklah sesulit mana yang anda fikirkan. Ianya banyak bergantung kepada corak diet pemakanan harian anda. Dan langkah-langkah memulakan cara pemakanan yang seimbang untuk pencegahan terdapat kaser adalah seperti berikut:






Kita perlu kurangkan makanan berlemak.
 
 Lemak binatang yang terdiri daripada lemak tepu (saturated fats) didapati sebagai salah satu faktor yang membawa kepada pembentukan kanser.

 Minyak tumbuhan yang dihasilkan melalui proses pemanasan pula terdiri dari trans fat, atau nama lainnya hydrogenated fat.

 Lemak ini sangat merbahaya, bukan saja membawa kepada penyakit jantung, malah boleh menyebabkan kanser.

 Antara bahan yang mengandungi banyak trans fat ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan bergoreng yang menggunakan minyak yang sama berulang kali.


Mengurangkan pengambilan daging merah.

 Contohnya seperti daging lembu, kambing, dan juga daging yang kanser payudara .

 Prospective study yang dijalankan terhadap 500,000 orang, mendapati seramai 53,396 orang mendapat kanser selepas 8.2 tahun.

 Daging merah dan daging yang diproses didapati positif terhadap kanser usus dan paru-paru, disamping meningkatkan risiko mendapat kanser esophagus dan hati (liver).


Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.

 Perlu mengambil terutama yang mempunyai kandungan Vitamin A,C, E, beta carotene dan mineral.

 Vitamin C merupakan antioxidant berbentuk larut air (water-soluble) yang utama, manakala vitamin E pula sebagai antioksidan berbentuk larut lemak (fat-soluble).

 Antioksidan berfungsi melindungi sel daripada radikal bebas (free radical), yang merupakan penyebab kepada terjadinya kanser.

 Vitamin A dan beta-carotene (provitamin A) juga didapati dapat mencegah kanser, kerana fungsi utama vitamin ini ialah mengawal pertumbuhan dan pembezaan sel-sel badan.

 Kekurangan fungsi tersebut membawa kepada pembentukan kanser, dimana sel tersebut membentuk tisu jenis yang lain dan bukan sel yang sepatutnya.


 

Selamat mencuba!

Friday 26 October 2012

BIDADARI DUNIA : TIDAK SEMESTINYA CANTIK ITU LAWA





Ramai akan menyangka bahawa wanita yang mempesonakan itu haruslah cantik dan menghairahkan tetapi telahan dan sangkaan itu ternyata agak silap. Bukan jasad cantik yang semua orang lelaki selalu cari tetapi mereka melihat kepada lawa.

Lawa bermaksud tidaklah buruk, tidak hodoh dan tidaklah tertolak tetapi seseorang itu dianggap lawa kerana disebabkan pemakaian dan cara penampilan imej seseorang yang menarik dan mampu memikat hati-hati dan mata yang melihat.

Pemakaian

Tentu anda biasa melihat wanita yang berkulit gelap, tidaklah memiliki potongan badan yang ramping tetapi dengan pakaian menutup aurat yang dipadankan ketubuhnya, berjubah labuh misalannya, bertudung litup dan warna pakaian yang bersesuaian dengan warna kulit, bedak yang lembut di muka dengan senyuman ikhlas di wajah wanita tersebut, maka apakah lelaki yang memandang tidak akan mengatakan dia itu lawa ?

Tidak lawa ? Pasti anda berbohong !

Lawa terhasil apabila wujud gabungan penampilan imej yang baik dengan pemakaian yang sesuai, menutup aurat dan menyelesakan pemakai bukannya yang sendat sehingga terseksa ketika berjalan, bukanlah warna yang terang sehingga menyakitkan mata dan bukanlah yang terbuka di sana sini sehingga setiap kali terpaksa ditutupi dengan tangan.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

Ramai gadis murahan (kerana murah dibeli atau didapati) , baik di IPT atau sudah bekerja suka sekali memakai seluar jeans dan seluar ketat yang menampakkan bentuk pinggul mereka. Mereka tidak sedar bahawa lelaki suka sekali melihat hanya untuk menjamu nafsu tetapi tidak ada yang akan sudi mengambil gadis sebegitu sebagai teman di dalam kehidupan.

Pemakaian seksi menyeksa batin lelaki, membuatkan mereka tergoda, namun daripada sudut pandang psikologi, perbuatan wanita memakai pakaian seksi terbabit hanya akan meruntun nafsu lelaki supaya menyeksa kaum wanita, disebut menghukum dan menganaiyai wanita itu di atas katil dengan kekuatan seks luar biasa dan memperlakukan pelbagai tindakan luar batasan bagi memuaskan nafsunya yang diruntun secara tidak normal oleh wanita itu dengan pemakaiannya yang seksi.

Gejala ini disebut pembalasan dendam daripada lelaki yang kemudiannya akan meninggalkan wanita tersebut setelah kepuasannya dipenuhi, perbuatan ini jauh daripada cinta, jauh daripada kasih dan segalanya yang selama ini di dambakan oleh seorang wanita tetapi dipandu oleh nafsu dan runtunan syahwat.

Pemakaian yang menutupi aurat, bermaksud menutupi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan bukan hanya memakai tudung, tetapi mesti labuh sehingga menutupi dada, juga tidak terbuka dan terdedah di bahagian lain serta tidaklah ketat dan sendat menampakkan bahagian dan bentuk badan.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab : 59)

Percayalah pemakaian sopan, beradab dan menutup aurat akan membawa kepada kebaikan diri, keselamatan dan juga penampilan imej yang baik dan akan mengundang bukan sahaja keredhaan tuhan tetapi juga keredhaan seluruh makhluk termasuk manusia yang melihat.

Penampilan imej

Menghasilkan imej yang menarik sangat mudah tetapi mengekalkannya itu yang amat payah. Postur yang betul perlu dipelajari, bagaimana cara berdiri, berjalan, duduk dan ketika tunduk mengambil barang atau sesuatu yang tercicir di atas lantai.

Mulakan dengan postur yang betul ialah satu kemestian, tidak ramai menyedari wanita kerap membongkok ketika berjalan, khasnya bila mereka memakai tudung yang labuh atau berpakaian sopan, ini tidak betul kerana tawadhuk itu di hati bukan dengan berjalan tertunduk-tunduk sehingga menyakitkan tulang belakang.

Jalan dengan meluruskan posisi badan, kepala tegak dengan langkah yang aman dan damai pasti akan menghasilkan pemandangan seorang wanita anggun yang sedang berjalan. Betulkan posisi duduk, cara meletakkan tangan , kaki dan punggung bagaimana melabuhkan diri amat berguna bagi membina imej yang positif dan mempesona.

Ini tidak hanya berguna ketika anda bertemu orang ramai tetapi perlu dilatih di dalam rumah sehingga anda menjadi suri rumahtangga dan bergelar isteri yang anggun dan memikat di sisi suami.

Baginda bersabda : “Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (hadis sahih, riwayat Muslim no. 3628).

Siapa tidak bangga memiliki isteri anggun dan bergaya, melihatnya duduk di sofa sahaja membuatku terpesona, bergaya, anggun dan jelita. Cara letak tangannya, cara memegang gelasnya, cara menghidangkan makanan di atas meja, cara mengambil sesuatu, gerak langkahnya, cara dia menyentuh diriku, aduh aku suami bahagia punyai isteri yang istimewa.

Demikian keluh seorang suami yang memiliki isteri yang kebetulan telah dilatih dengan disiplin latihan pesona wanita semenjak kecil.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Selesaikan postur, cara berinteraksi pula menjadi topik utama, perkataan yang diucapkan, percakapan dan tutur kata memainkan peranan. Pilihan ayat yang tepat gagal digunakan oleh ramai wanita kerana tidak sabar untuk bercakap.

Berfikir sebelum bercakap

Berfikir sebelum bercakap membantu seorang wanita untuk menghasilkan ayat yang tepat, menarik dan sesuai untuk digunakan pada situasi tertentu. Sesetengah lelaki, misalannya suami anda adakalanya memiliki sensitiviti tertentu terhadap penggunaan bahasa.

Contohnya saya pernah menerima aduan mengenai seorang kawan yang berasal daripada utara Kedah yang telah bernikah dengan seorang gadis Kelantan, beliau mengatakan bahawa apabila mendengar isterinya bercakap di dalam bahasa Kelantanis serta merta beliau cepat sekali bernafsu !

Seorang yang lain pula mengatakan, beliau pantang mendengar wanita bercakap di dalam loghat Terangganu kerana akan mematikan selera beliau sedang rakan yang lain pula mengatakan dia tak mampu bertahan dengan bahasa utara yang agak pekat, menyakitkan telinga katanya !

Demikian antara contoh keperluan bagi kita memilih perkataan dan bahasa yang sesuai untuk berbicara khasnya bagi wanita yang menginginkan pesona.

Kegelojohan bercakap boleh membawa padah, ramai wanita tidak menyedari bahawa lelaki kurang memahami percakapan dan butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka. Wanita menyifatkan sesuatu secara maksud tersirat tetapi lelaki kerap mengambil apa yang terzahir daripada perkataan.

Wanita mungkin berbicara kepada suaminya, yang dia terluka ketika memasak di dapur tadi tetapi sekarang sudah sembuh dan lukanya pun sudah hilang. Suami mungkin akan membalas dengan mengatakan apakah sudah dibubuh ubat pada luka ? Memesan supaya berhati-hati di dapur atau paling kurang berkata kalau sudah sembuh baguslah.

Komunikasi wanita sering mempunyai agenda tersimpan yang tidak diluahkan !

Hakikatnya boleh jadi wanita itu ingin perhatian lebih daripada suaminya seperti melihat bekas luka di badannya, bertanya di mana luka itu berada dan kemudian paling penting bertanya masakan apakah yang dibuat oleh isterinya kerana besar kemungkinan tujuan wanita itu menceritakan kisah lukanya di dapur itu bertujuan supaya suaminya mengetahui masakan yang dihidangkan itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh atau istimewa.

Pasti hancur hati wanita tersebut apabila si suami mengatakan dia tidak sempat hendak makan bersama kerana sibuk dan terpaksa kembali ke pejabat dan menyuruh isterinya makan sendiri terlebih dahulu.

Siapa yang bersalah ?

Tiada siapa yang bersalah di dalam hal ini kerana sifat lelaki dan wanita ternyata berbeza termasuk pandangan dan pemikiran mereka walau bagaimanapun seorang wanita pesona dia mampu berkomunikasi dengan bahasa yang sesuai dan boleh difahami oleh pasangannya dan hal ini memerlukan kepada kebijaksanaan otak atau pendedahan informasi maklumat seperti yang ditulis oleh artikel seperti ini.

Antara perkara yang sempat saya tuliskan lagi berkenaan imej ialah seorang wanita pesona haruslah mampu menzahirkan keceriaan dan ketenangan di dalam jiwanya.

Huru-hara bukan sifat wanita pesona tetapi kelembutan, ketenangan dan kedamaian ialah imej yang perlu ditampilkan bersama dengan pemakaian. Seorang wanita pesona, wajahnya sering memaparkan senyuman, tawa riangnya tidaklah melampaui batasan dan perwatakkannya terkawal dan dikawal hanya oleh dirinya yang menafikan bahawa wanita pesona itu haruslah seperti robot bergerak yang dikawal.

Dia mengawal dirinya ketika berjalan, melangkah dan hidup dengan yakin dan tawakal kepada tuhan di dalam masa yang sama hidup mesra seperti manusia lainnya. Kepura-puraan atau lakonan tidak berlaku dan tidak dapat dilihat di wajahnya tetapi ini semua terhasil akibat latihan dan disiplin diri bertahun-tahun lamanya.

Pesona wanita tidak dapat dibina di dalam satu hari tetapi imej dan peribadi dibentuk dengan perubahan sedikit demi sedikit tetapi berterusan.

Kata kunci bagi penampilan imej ialah berhati-hati

Berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu akan mendorong kita bertindak dengan lebih tepat dan bermanfaat ketika melaksanakan sesuatu perkara.

Anda pasti tidak mahu gelagat anda ketika mengorek hidung akan dikenang oleh seorang lelaki seumur hidup dan memori sebegitu pasti tidak manis dibuat cerita.

Janganlah anda lupa, cukup lama masa diperlukan untuk membina imej yang baik dan peribadi pesona tetapi sekejap sahaja waktu yang diperlukan untuk memusnahkannya. Itulah yang disebutkan sebelum ini bahawa tidak susah untuk membina pesona wanita tetapi terlalu susah untuk mengekalkannya.

Berhati-hati di dalam perbualan, pergerakkan dan perlakuan akan mengundang kepada kebaikan kepada diri sendiri. Kita tidak tahu bila dan di mana orang akan melihat kita, namun dengan sikap berhati-hati kita akan lebih perihatin dan lama-kelamaan sikap ini akan bersebati di dalam diri sehingga membentuk sebuah disiplin hidup yang mempesona.

Monday 22 October 2012

SALAM AIDILADHA 10 ZULHIJJAH 1433




salam pada sume bloggers!!!
ape khabar korg sume?
sihat?
syukur la...sya-sya pon shat jgk... =3
huhuhu..lame da jari ni xmenaip..kekekke...
ape xnye...mgu ujian ni...
hari ni pon ade test lg...

huhu...xde kesempatan nk update selalu...
cuaca kali ni mmg betul2 sejuk...rse mcm dduk ats gunung...nk bungkus2 aje tubuh ni ngn selimut..
pastu nk baring2 sambil pluk bobomee (teddy bear masyamku)
hujan sepanjang hari...walaupon kuantiti xbanyk, tp....time tu...mmg lme...
benti, pastu sambung lg...
xpe2...nk balun cuti rye hji ni..ngeeee ~,~

syoknye, luse mmber sya-sya nk balik kmpung da..cuti raya haji..untung la kan3...
pagi2 da btolak...
sya-sya?
thun ni xbalik la...sya-sya sambut kt umah sewa je la bersama yani n ana......
cuti pon lame...lpas tu nnt, deepavali pon balik lg....xke penat?
so, sya-sya decide, pilih slh 1 jew la...
membazir la bnyk kali balik..huhu

Di sini, sya-sya nk amek kesempatan nk ucapkan salam ADILADHA buat seluruh umat islam di dunia ni...
dimana, tarikhnye jatuh pada hari jumaat ni, 26 oktober 2012
so, bagi sape2 yg drive nk pulang ke kampung tu, aty2 taw...pandu plhn2...
jgn tllu asyik aje...beringt2 skit...
ok, tuje la..
😝
papai...





Thursday 18 October 2012

6 TABIAT BURUK MEROSAKKAN KECANTIKAN WAJAH




“Sudah pelbagai jenis pencuci muka, krim dan macammacam lagi produk yang telah dibeli namun kulit tetap bermasalah. Bosan! Bosan! Bosan!”. Mungkin ramai yang di luar sana mengeluh dengan masalah seperti ini.

Harus diingatkan menjaga kecantikan bukan hanya bergantung pada produk yang dipakai semata-mata. Malah sesetengah tabiat seharian kamu juga boleh memberi kesan buruk pada kulit termasuklah berjerawat, kusam dan kering serta tidak bermaya. Jadi jom semak tabiat buruk yang merosakkan kecantikan. Jom semak kesalahan yang dilakukan sehingga mendorong kepada masalah kecantikan pada kulit wajah. Semoga bermanfaat!!






Tidur tidak tentu masa

Paling penting kamu harus memastikan masa tidur kamu teratur kerana tidur yang tidak cukup dan tidak teratur akan memberi kesan pada bawah mata. Secara tidak langsung membuatkan kulit kamu tidak bermaya dan kusam.


Kotoran pada telefon bimbit

Tanpa kamu sedari telefon bimbit yang ada kalanya dibawa ke tandas, diletakkan di atas meja yang kotor dan di dalam beg yang penuh dengan habuk boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon tersebut. Jadi pastikan kamu membersihkan terlebih dahulu telefon sebelum menggunakannya.


Pengambilan makanan yang tidak seimbang

Pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata semuanya kamu makan. Sedangkan kamu sudah tahu makanan berminyak dan kolesterol tinggi adalah tidak baik. Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat dan timbul masalah lain. Jadi sebaiknya cubalah kamu mengawal pemakanan kerana ia sangat penting bukan sahaja untuk cantik malah kamu akan kekal sihat dan cergas.


Kerap mengerutkan mata

Ada di antara kamu yang suka mengerutkan wajah terutamanya apabila ingin melihat objek yang jauh dari mata. Perlu diingatkan, tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit kamu cepat berkerut dan kelihatan tua.


Malas menggantikan sarung bantal

Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah kamu akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria. Sekiranya kamu malas menggantikan sarung bantal, ini bermakna kamu akan tidur di atas timbunan bakteria.


Menjadikan diri sebagai bahan eksperimen

Dari satu produk ke satu produk kamu telah gunakan. Malah kamu menjadikan diri sebagai bahan eksperimen sehingga boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada kulit. Jangan mudah terpengaruh dengan cadangan temanteman ataupun iklan iklan. Lain orang lain kesan penggunaannya.

INFO SIHAT ::MISS "V"::





Rata-rata jika diambil kira latar belakang seseorang gadis remaja yang datang dari keluarga melayu Islam, maka tidak hairanlah remaja tersebut kurang mendapat pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakan keluarga melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.Akibatnya, ramai gadis remaja berada didalam dilema kerana tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin tentang masalah jangkitan keputihan serta penjagaanya.



Keputihan yang sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Namun,ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang luarbiasa pula.Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak tepat.Apabila remaja mula berfikiran sebegitu dan mula mengambil mudah tentang gejalanya akan membawa kesan yang berpanjangan sehingga meningkat dewasa dan realitinya terdapat ramai remaja yang masih bergelut dengan masalah ini walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.Remaja dipohon supaya mengenali gejala keputihan ini supaya mudah untuk mencari rawatan yang sesuai dari jangkitan yang dialami daripada membiarkanya tanpa rawatan yang boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak di ingini disebabkan oleh “prolong infection”.


Apakah itu keputihan?
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan yang normal
Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi.

Keputihan yang abnormal
Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.

Antaranya ialah:

1. Ketika terlalu letih.

2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.

3. Jangkitan.

Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan
Sekiranya remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi.

Mengenali gejala jangkitan Mikroorganisma :

1. Kulat Candida atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing
Perkara yang satu ini sering diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.


Beberapa Tips yang boleh diamalkan :
  1. Hindari pengunaan sabun,gel dsb dan hanya guna air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak dikawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt,yakult,sayuran hijau,bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.



Akhir sekali nasihat saya agar para remaja mengambil sikap yang lebih serius terhadap gejala keputihan. Beberapa kajian mendapati keputihan yang yang dibiarkan terlalu lama walaupun hanya gejala biasa, lama kelamaan berupaya menyerang selaput dara. Sebahagian besar lendiran keputihan yang mengandungi jangkitan mikroorganisma telah merosakkan selaput dara sehinggakan apabila berumahtangga kelak dan sewaktu melakukan hubungan kelamin dimalam pertama berkemungkinan tidak akan mengeluarkan walaupun sedikit darah.




Wednesday 17 October 2012

5 Bukti Si DIA cintakan Kita kerana Allah SWT !



Pepatah arab ada menyebut semua orang mengaku kekasih Laila tetapi Laila sendiri tidak mengakuinya. 
Ramai orang kerap kali terjatuh dalam perangkap cinta dan terpalit dengan noda dan fitnahnya apabila Si Dia, baik lelaki mahupun perempuan mengungkapkan kata-kata hikmat yang berbunyi “Aku cintakan diri-Mu kerana Allah !”
Aduh ! Perkataan yang indah tetapi kerap disalah guna.

Jika kaca yang dipegang, maka akan pecah kerana jatuh terhempas, jika kita sedang berdiri, akan segera ingin mencari tempat duduk dan jika kita tengah duduk, akan segera mahu berdiri dan mencari udara segar guna memaksa oksigen masuk ke dalam tubuh kerana sesak dan berat di dada sehingga menyukarkan pernafasan.
Jantung berdegup laju dan tangan menjadi sejuk.

Itulah tanda-tanda awal virus cinta sudah mula berjangkit dan sedang menular ke dalam badan dan hanya akan dapat dilegakan dengan berdekatan dengan orang yang dicintai.
Lalu apa yang harus dilakukan ? Pasrah dan menerima cinta kerana ianya adalah kerana Allah seperti yang diucapkan atau berhenti dahulu dan meneliti ucapan tersebut benarkah ia cinta dari Allah atau merupakan salah satu dari jerangkap samar syaitan ?

Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)

Dalam Islam, kita disuruh memeriksa dan menilai apakah benar setiap sesuatu ucapan atau khabar yang disampaikan sebelum mengambil tindakan atau membuat keputusan. Hal ini disebut sebagai konsep “tabayun” atau bermaksud mencari penjelasan atau keterangan.

Hal ini amatlah penting agar kita tidak ditipu atau terjebak dengan perangkap Iblis yang sedang menanti di hujung jalan untuk memancing kita ke dalam neraka bersama-sama dengannya. Sebelum membuat keputusan apakah akan diserahkan tubuh badan, hati dan perasaan maka lebih baiklah dilakukan usaha memeriksa dan menyemak terlebih dahulu benarkah kalimah itu diucapkan iaitu:

Aku cinta kepada Mu kerana Allah SWT !
Cinta kerana Allah SWT itu mempunyai satu kedudukan yang istimewa kerana di dalam hadis Abu Hurairah ra menyebut katanya Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)

Di dalam sebuah hadis yang lain, nabi salallahualaihiwassalam juga pernah bersabda : “Jika seseorang dari kamu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahunya.” (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad serta Bukhari di dalam tarikhnya dengan makna yang sepertinya)

Kita juga disunnahkan untuk membalas ucapan cinta itu dengan doa yang berbunyi :
أحبك الله الذي أحببتني فيه
Maksudnya : “Semoga Allah mencintai kamu yang telah mencintaiku keranaNya.” (riwayat Abu Daud)
Hadis-hadis berkenaan cinta ini begitu banyak sebab Islam ialah agama yang menitik-beratkan persoalan kasih sayang dan kehormonian sesama Insan. Namun kita masih perlu menilai dan meneliti apakah cinta yang dihulurkan itu benar-benar madu dan rezeki daripada Allah SWT atau sebenarnya ialah racun dan umpan dari syaitan.

Bukti Cinta kerana Allah

Ada 5 bukti penting dan tanda utama yang dapat dikenal pada seseorang yang benar-benar mencintai kita kerana Allah SWT. Ini dapat dilihat dari hasil taddabur kita kepada ayat-ayat Al-Quran dan melalui penilaian kepada hadis-hadis nabawiyah.

Pertama :
1. DIA adalah seorang yang amat mencintai Allah
  • Adalah mustahil seseorang itu berkata dia mencintai kita kerana Allah SWT tetapi dalam masa yang sama dia amat jauh dari jalan Allah dan seringkali melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.
  • Cinta itu dibuktikan dengan perbuatan maka lelaki dan wanita yang mengatakan kepada anda bahawa dia mencintai kerana Allah juga akan membenci kerana Allah SWT dan membenci segala apa yang dimurkai oleh Allah SWT dari segala jenis dosa dan maksiat.
  • Nabi salallahualaihiwassalam bersabda : “Tiga perkara yang jika terdapat pada seseorang maka dia pasti akan merasai kemanisan Iman. Iaitu Dia mencintai Allah dan rasul-Nya lebih dari selainnya. Dia mencintai atau membenci sesuatu hanya kerana Allah dan dia amat membenci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia tidak suka dicampakkan ke dalam api.” (hadis riwayat Bukhari)
  • Lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu apakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, kuat tawakkal, selalu mencintai anak yatim dan membela yang lemah atau dia sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja.
  • Lelaki yang soleh pasti akan kelihatan di masjid dan ketika ada orang yang berada dalam kesusahan maka disitulah dia akan dapat ditemukan.
  • Perkara yang sama terjadi kepada kepada lelaki yang benar-benar mahu mengenali para wanita muslimah solehah itu. Ianya tidak hanya dengan sekadar ucapan di bibir atau pada teks sms dan copy paste di blog dan Fb si gadis.
  • Lihatlah auratnya apakah ditutup, lihatlah peribadinya apakah terpelihara dan dijaga kemudian lihatlah pemikirannya apakah dia seorang Muslimah yang hidup untuk dirinya atau dia hidup untuk Allah SWT.
  • Caranya tidak susah. Mana-mana muslimah yang hidup untuk Allah akan sanggup menerima poligami dan menghormati hak-hak lelaki yang Allah berikan kepada mereka . Si DIA akan tunduk serta patuh kepada hukum Allah dan lebih banyak bertolak ansur serta berusaha memahaminya dari berusaha mempertikaikannya.
  • Jangan terleka dan tergoda oleh rupa dan pakaian kerana syaitan itu amat bijak dengan tipudaya dan jalan-jalan kesesatan. 


Kedua :
2. Cinta kerana Allah terbit dari sebab ketaatan
  • Pasti ada sebab si DIA cintakan kita kerana Allah dan apakah sebab-sebab itu adalah terhasil dari kerana ketaatan kita kepada Allah SWT atau kerana kemaksiatan kita kepada-Nya ?
  • Jika cinta yang diungkapkan itu adalah kerana ketaatan kita kepada Allah SWt maka ianya adalah jenis dari bahagian cinta-cinta yang suci dan datang atas kerana rahmat daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
  • Ada wanita jatuh cinta kerana si lelaki itu kuat berdakwah dan menjadi Imam sukarela secara percuma. Ada lelaki terjatuh hati kerana melihat si wanita itu tegas dan teguh mempertahankan maruah dan auratnya dari dicabuli. Maka jenis-jenis cinta seperti itu memenuhi kehendak cinta yang dilakukan kerana Allah SWT.
  • Tanyakan SI DIA kerana apakah kamu mencintai saya ?
  • Jika jawapannya memenuhi jenis cinta yang berdasar dari ketaatan kepada Allah SWT maka ianya adalah dari Allah dan jika ianya berdasarkan dari sebab-sebab kejahatan dan kemaksiatan maka ianya dari syaitan.
  • Ini dapat diketahui dengan mudah jika kita sendiri menyedari akan kesalahan yang telah kita lakukan. Misalnya jika wanita itu tidak menjaga auratnya, tidak memelihara dirinya dari fitnah seperti tampil di khalayak ramai dalam rancangan TV menjadi wanita pilihan dengan bertabarruj dan “berposing kiri dan kanan” memaparkan kecantikan maka jika datang lelaki menghulurkan cinta kerana tertarik dan jatuh hati atas kecantikan itu maka ianya bukanlah dari ketaatan bahkan kemaksiatan dan berpunca dari kedegilan kita dalam mentaati syariat Allah SWT.
  • Wanita yang solehah tidak akan mendedahkan kecantikannya seperti lelaki yang bertaqwa tidak akan murah menampilkan kebaikan dirinya atau menunjuk-nunjuk kewarakan dan kesolehannya.
  • Tanyalah diri anda, apakah dosa atau ketaatan yang telah dilakukan sehingga melayakkan diri ini menerima ungkapan AKU CINTA DIRMU KERANA ALLAH !


Ketiga :
3. Mencintainya kembali menambah kebaikan dan kemuliaan serta mendekatkan kita kepada Allah
  • Orang-orang yang benar dalam cintaNya kepada Allah mereka ini mempunyai kelebihan dan merupakan orang-orang yang benar-benar beriman. Mencintai mereka itu nescaya akan memberikan kebaikan dan menambahkan kemuliaan serta menambahkan kedekatan kita dengan tuhan.
  • Ini disebabkan di dalam sebuah hadis dari jalan Abu Hurairah ra yang menyebutkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Jikalau Allah Ta’ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia pun memanggil Jibril lalu memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu (Wahai Jibril) si Fulan itu. Jibril pun lalu mencintainya, kemudian Jibril menyeru kepada seluruh penghuni langit seraya memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua (Wahai penghuni-penghuni langit) si Fulan itu. Maka para penghuni langit pun kemudian mencintainya. Setelah itu dijadikan seluruh penghuni bumi pun ikut menerimanya (mencintainya).” (hadis Muttafaq alaih)
  • Lihat dan perhatikanlah apakah di wajah orang yang mengatakan Aku cinta pada-Mu kerana Allah itu membuatkan anda teringat kepada ajaran Islam, kepatuhan kepada Allah SWT, kedahsyatan hari akhirat serta dosa dan pahala atau sebaliknya hanya mengundang kepada ingatan nafsu syahwat dan pelukan serta dakapan di atas tilam.
  • Cinta yang suci tidak akan mampu dibakar oleh api sebaliknya ia hanya akan memadamkan api demikianlah cinta yang sejati tidak akan datang kerana syahwat tetapi ianya pasti akan mampu memenuhi keperluannya. 


Ke-empat:
4. Cinta dan hubungan dengan Si DIA jauh dan terpelihara dari kelalaian dan dosa
  • Diantara ciri-ciri yang mustahak di dalam penilaian kebaikan seseorang ialah ianya tidak mengundang bahaya atau kemudharatan. Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda : “Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” (hadis riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi)
  • Ini kerana tipu daya dan muslihat syaitan itu amat licik. Terkadang dia sengaja memalsukan kejahatan itu agar dilihat sebagai kebaikan atau kemuliaan.
  • Syaitan itu sendiri tahu untuk mengoda orang yang soleh itu tidak harus dengan maksiat dan kejahatan tetapi digoda dengan kebaikan dan kezuhudan agar si soleh itu menjadi sesat kerana riya’ atau ujub (kagum)dan ghurur (tertipu) dengan dirinya sendiri.
  • Mujahid bin Abi Mu'ammar meriwayatkan bahawa suatu hari pernah ada seseorang yang memuji seorang pemimpin. Kemudian Miqdad ibnul-Aswad pun menaburkan tanah ke mukanya, lalu berkata:"Rasulullah memerintahkan kami untuk menaburkan tanah kemuka orang yang suka memuji." (riwayat Muslim)
  • Imam Ibn Jauzi al-baghdadi dalam kitabnya Talbis Al-Iblis ada menyebutkan mengenai cara Iblis membelit ahli ibadah dan menjadikan mereka jauh daripada Allah melalui menampakkan kebaikan dan kelebihan diri mereka sehingga menjadi ujub dan kagum atau ibadah mereka lalu menjadi lalai kepada Allah dalam keadaan mereka menyangka bahawa mereka itu sedang beribadah.
  • Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : "Kamu tidak akan selamat hanya oleh amalanmu sahaja." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Apabila anda berhadapan dengan lelaki atau wanita yang mengucapkan kata-kata cinta yang suci menggunakan nama Allah SWT maka lihatlah apakah ianya membawa fitnah dan kelalaian atau memberikan manfaat kebaikan dan menjauhkan diri dari dosa.
  • Ramai orang terkena belitan syaitan apabila terpedaya kononnya bercinta kerana Allah SWT namun apabila sudah ber“couple” dan bercinta semua larangan Allah dilanggarnya.
  • Bertudung labuh dan berkopiah tetapi berdua-duaan ditempat yang tidak diredhai Allah kerana cinta dan perasaan akhirnya syariat Allah menjadi gadaian.
  • Ada orang yang baik, lelaki muslim dan wanita yang muslimah pada asalnya mahu bercinta kerana Allah tetapi dipertengahan jalan mereka ditipu oleh syaitan. Akhirnya kerana sudah pun terlanjur berpegangan tangan, bercium dan melakukan maksiat ringan masing-masing berpendapat kita sudah tiada jalan kembali kecuali terus terjebak dalam hubungan haram ini.
  • Allah itu maha pengasih dan pengampun, setiap kali terlanjur dan tersilap dalam perjalanan maka segeralah lakukan U-TURN sementara nyawa masih dikandung badan. Pintu taubat sentiasa terbuka dan segeralah rayu dan memohon keampunan daripada-Nya.
  • Janganlah terpedaya oleh syaitan yang sentiasa merayu peluang kedua dari manusia agar sekali lagi melakukan dosa. Sekali lagi sahaja, Cuma sekali lagi katanya yang merayu supaya terus melakukan dosa lalu terperangkap di dalamnya.


Kelima :
5. SI DIA tidak mengharapkan balasan kecuali dari Allah
  • Cinta yang suci itu ialah cinta yang hanya tahu memberi tetapi tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Mereka ini seperti yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud : Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al-Insan : 9)
  • Jika benar si DIA mencintai Mu kerana Allah maka bergembiralah kerana kalian benar-benar mahukan syurga dan tidak kisah dengan siapa berakhirnya hubungan ini. Apakah dia menjadi milikmu atau kamu menjadi miliknya hal itu bukanlah isunya tetapi apakah Si DIA dan kamu masing-masing beroleh kasih sayang dan keampunan dari Yang Maha Esa.
  • Sabda nabi salallahualaihiwassalam : “ Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah serta memberi kerana Allah atau menghalang kerana Allah maka telah sempurnalah Imannya.” (hadis riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh Syeikh Albani)
  • Lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah SWT lebih takutkan Allah dan lebih mencintai Allah dari diri mereka sendiri dan secara pastinya mereka mencintai satu sama lain hanya semata-mata kerana hubungan masing-masing dengan Allah SWT.
  • Lelaki yang beriman dan benar-benar mengasihi seorang gadis kerana Allah akan sentiasa mahu wanita itu terpelihara dari dosa dan mahukan kebaikan serta rahmat Allah SWT ke atasnya.
  • Jika dia mahu mengahwini gadis itu maka hasratnya itu adalah kerana mahu melindunginya, mahu mengasihi dan memanfaatkannya di jalan Allah SWT. Adapun jika ada lelaki lain yang terlebih dahulu hadir dalam kehidupan wanita itu maka dia akan sentiasa mendoakannya dan mengharapkan kebaikan di antara kedua-duanya.
  • Hatinya Ikhlas dan hanya mengharapkan balasan dari Allah SWT.
  • Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda :“Doa seorang muslim kepada saudaranya di belakang pengetahuan saudaranya pasti dimakbulkan. Di atas kepalanya akan ada malaikat yang menjaganya dan setiap kali dia berdoa untuk kebaikan kepada saudaranya itu maka malaikat pun ikut berkata “Amin” dan mendoakan supaya baginya juga mendapat serupa apa yang telah didoakan kepada saudaranya.” (riwayat Muslim)
  • Inilah sifat orang yang beriman dan menjadikan Allah sebagai matlamat dan tujuan. Mereka tidaklah menjadikan cinta kepada wanita, lelaki, teman dan kekasih mereka itu sebagai sekutu atau saingan dan tandingan kepada Allah SWT bahkan sebaliknya ia menjadi baja dan air yang menyuburkan keimanan mereka serta sokongan kepada ketaqwaan mereka.


Firman Allah yang bermaksud : “Dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik.” (Yunus : 105)
Mereka inilah yang termasuk dalam hadis nabi yang bermaksud : “ Manusia yang paling bahagia di hari akhirat dengan syafaatku kelak ialah yang berkata “Lailahaillallah” Ikhlas daripada hati dan dirinya.” (hadis sahih riwayat Bukhari)
Syaitan tidak mampu menggoda mereka bahkan oleh wanita yang paling cantik jelita atau oleh lelaki yang paling kacak dan tampan sekalipun. Takala dikatakan oleh Syaitan tidak takutkan kamu jika jarang bertemu atau bersms dengan kekasihmu itu nanti dia akan mencari atau dipikat oleh lelaki lain ?
Orang ini akan berkata : “Alhamdulillah, daripada Allah kita datang dan kepada Allah-lah kita akan kembali. Jika benar begitu maka saya akan mempermudahkan urusannya, membantunya agar dapat menikahi gadis yang ku sayangi ini jika benar lelaki yang lain itu adalah yang terbaik untuknya.”
Sesungguhnya saya mencintainya hanya kerana ALLAH !
---------------------------------
-Mohon disebarkan artikel ini jua kerana Allah !