Sunday 30 July 2023

Ayam Masak Merah ala Kenduri gitttuuuu!!!



Hai assalamualaikum uolls!!
Memalam ni rajin lak kak sya nak share resepi yang kak sya suka sangat!!
Haaa..ni kira makanan kegemaran kak Sya la..dimakan pulak dengan nasi minyak/ tomato...
wewww..meghecik!!!!😋
Resepi ni Kak Sya ambil dpd pn Maimunah..boleh kilk linknya di bawah sekali..
Uolls wajib cuba tau tau tau..jom!!

Bahan-bahan :

 1 ekor ayam
 3 senduk cili kering atau ikut kepedasan masing-masing
 3-5 biji bawang besar
 5 biji bawang kecil india
 3-5 ulas Bawang putih
 Kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang & buah pelaga
 Halia 2 inchi
 1 tin kecil puree tomato
 1 kotak kecil santan
 2-4 sudu makan minyak sapi ( rahsia ke-2 )
 2 cawan minyak masak
 3 batang serai
 3 helai daun pandan ( ini rahsia utama ) Ikat gumpal.
 2 biji buah keras
 ½ botol sos tomato ( Kimball )
 ½ botol sos cili ( Kimball )
 Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak :

 Goreng ayam separuh masak (ketepikan).
 Panaskan minyak sapi.
 Masukkan rempah sekawan.
 Blanderkan/racik bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
 Kemudian masukkan serai dan daun pandan. Tumis lagi sehingga naik bau.
 Masukkan cili kering dan buah keras, tumis hingga pecah minyak.
 Kemudian masukkan 1 tin puree tomato, sos tomato, sos cili, gula dan garam secukup rasa. Tumis lagi hingga pecah minyak.
 Kemudian masukkan ayam, gaul sebati hingga masak. Apabila ayam sudah masak masukkan santan 1 kotak kecil. Gaul sehingga masak.


Tuesday 4 July 2023

BACKGROUND 10 : LOVE 2.0

 

Hai sahabat2 sume 😄
malam ni syasya nk share background LOVAH MANJAH 
juz klik pada image untuk dapatkan code url



















BACKGROUND 9 : LOVE 1.0


Heyya, Syasya in da house!!
Ape kabar korang semua??
lebatnya hujan petang ni..syukur alhamdulillah..

Tahun ni kami semua berkumpul sambut Raya Aidilahda di Pahang kerana kak Ngah syasya mengadakan majlis aqiqah untuk kedua-dua anak lelakinya..
Seronok rasanya bila semua ada!!
Anak2 buah pun...da besar panjang..
gambar??
tak menyempat nak snap gambar diknon!!
😜

macam mana pulak sambutan Raya Aidiladha kat tempat korang baru-baru ni? 
meriah ke idok..
ade yang kat sini buat korban ke?
mai la share sikit pengalaman korang kat komen..


Oriteee, entry hari ni khas buat yang tercari2 background love2 manjahh
jom cecepat grab background ni untuk blog korang!!
seperti biasa, klik pada image untuk dapatkan url code.