Thursday 22 June 2023

PANDUAN MEMBACA YASIN HAJAT



Hai sahabat pembaca diluar sana..
Entry hari ini syasya nak kongsikan panduan membaca Yasin Hajat. Selalunya mak syasya akan guide untuk baca Yasin Hajat mase zaman syasya sekolah dulu..thanks 💗mak!!..and hari ni syasya kongsikan ilmu ni untuk korang.

Surah Yasin merupakan surah ke-36 dalam kitab suci Al-Quran. Ia mempunyai 83 ayat yang termasuk di antara surah Makiyyah (diturunkan di Mekah). Yasin turut digelar sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’. Maksudnya adalah ia yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). 

Khas buat anda yang sedang berhajat….

 Sebaiknya buatlah solat sunat Tahajud dahulu (1/3 malam yang akhir)

 Diikuti solat sunat Hajat.

 Bacalah Yasin Hajat ini selepas solat subuh.

 Mesti 3 kali Jumaat berturut2, jika tidak anda dikehendaki mengulangi semula.

 Paling penting anda mesti yakin.


Cara-cara membacanya:

 Baca 3x selepas solat subuh hari jumaat- seeloknya 3 jumat berturut-turut

 Surah Al-fatihah

 Selawat   اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

 Surah Yasin ayat 1 : 3 atau 7 kali  يٰسۤ ۚ
[Yaa, Siin]

 Surah Yasin ayat 38: 14 kali   ۗذٰلِكَ تَقْدِيْرُ الْعَزِيْزِ الْعَلِيْمِۗ
[itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui]

 Surah Yasin ayat 58 : 3 atau 7 kali  سَلٰمٌۗ قَوْلًا مِّنْ رَّبٍّ رَّحِيْمٍ
[(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.]

 Surah Yasin ayat 82 : 12 kali  اِنَّمَآ اَمْرُهٗٓ اِذَآ اَرَادَ شَيْـًٔاۖ اَنْ يَّقُوْلَ لَهٗ كُنْ فَيَكُوْنُ
[Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.]

Selawat  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

 Surah Al-Fatihah

Doa Mohon HAJAT

Selawat  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Boleh juga di bacakan pada air jika untuk melembutkan hati anak/isteri/suami yg keras. Ada yg berjaya disembuhkan dari penyakit berbahaya, ada yg memohon untuk dapat anak selepas 10 thn kahwin berjaya dapat zuriat, ada yg suami tak solat, tiba2 mahu solat dan ke masjid dll. Mohon dan doalah dgn yakin.…

Wednesday 21 June 2023

CHOCOLATE ALMOND CRUNCH COOKIES


hai sahabat pembaca diluar sana..
entry kali ni syasya nak share resepi Choco Almond Crunch Cookies.
dah lama syasya save resepi ni..jumpa kat facebook tak silap...😝
sempena raya haji yang bakal tiba, boleh la kita try resepi ni untuk kudap2 dihari raya..gituww..


BAHAN-BAHAN

250g butter pure butter
1 cawan gula perang
1 penutup coklat emolco
3 sb serbuk koko
1 biji telur gred B 
1sk baking powder
1/2 sk soda bilarbonat
1 sk emplek
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1 cawan 1/2 tepung jagung
Badam 1 cawan siap bakar 
Coklat chips 1/2 cawan



CARA-CARA 
Masuk kan dalam bowl
Butter+gula+emolco coklat+telur+ kacau sebati
Masukkan minyak kacau rata.
Masukkan susu tepung dan semua bahan penaik
Tepung jagung kacau sebati
Last masuk kan tepung gandum sikit2
Masuk badam dan coklat chips
Gaul2 kan
Doh tidak lembik / keras
Masuk piping beg gunting piping beg sebesar duit 20 sen
Paip dan tekan dgn jari
Panas kan oven dan bakar suhu 160 masa 20-25 minit
Siap untuk di susun


🍪👍selamat mencuba!!!

Monday 12 June 2023

ZIKIR TIDUR ANAK






Hai sahabat pembaca diluar sana..
Entry hari ini Syasya nak kongsikan khassss buat sahabat yang masih tercari-cari zikir tidur untuk anak...haa.. insyaAllah zikir2 seperti dalam gambar dibawah sangat sesuai dibaca sambil buai anak tidur. Sama-sama kita amalkan dan semoga bermanfaat. Syasya doakan semoga anak2 sahabat diluar sana menjadi anak soleh-solehah, penyejuk mata dan hati..amin ya Allah.🌷

Kredit : MOMO