Sunday 11 June 2023

PERSEDIAAN BENCANA : BOB / Beg bencana



Hai guys!!
Entry kali ni syasya nak kongsikan persediaan menghadapi kecemasan. Mesti ramai antara korang yang masih belum lagi membuat persediaan ini. Maklumlah Malaysia bukanlah kategori negara yang selalu kena bencana alam yang dasyat2. Walaubagaimanapun, kita jangan terlalu selesa dan kena peka dengan keaadan cuaca sekarang yang semakin tidak menentu kebelakangan ini. Apa yang perlu kita lakukan?? 


Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu infografik mengenai 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN. Beg kecemasan ini perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai apabila berlakunya segala jenis kecemasan yang tidak dijangka.

Apakah itu BOB???
(Bug Out Bag) atau bahasa mudahnya adalah 1 Beg Kecemasan.





Kalau datangnya apa-apa bencana boleh terus grab 1 beg ini sahaja dan selamatkan diri serta ahli keluarga.

Jom kita semak details barang-barang dalam BOB (Bug out bag)/ Bag Bencana, kongsian yang sangat berguna oleh sis Nur Farhana Aziz. Dahulukan yang paling penting kalau budget kurang, gunakan barang-barang yang dah ada. 

Janji yang asas ada dan kenal pasti kapasiti keluarga ( lagi ramai ahli keluarga mungkin lebih BOB diperlukan ).
Kedua-dua bagpack prepping sesuai untuk keadaan banjir & gempa. Setiap barang dalam bagpack packing dalam plasticseal supaya dalam banjir bagpack tak basah, barang dalam tetap selamat & kering.

BAGPACK HIJAU :

Lebih ringan tapi semua barang urgent akan ada dalam bag ini sebab kecik & mudah nak cari gali.
Barang2 di dalam Bagpack Hijau :


Zip kecik: torch light 2 set, power bank solar & wisel.

Bawah, mask 3M & kf94, radio bateri, powerbank solar.

Bahagian tengah untuk document penting, cash, mini alquran & casing phone antibasah.

Bahagian utama ada pisau rambo, pelampung anak 3 set, pampers anak 2 helai, tuala wanita 3 helai, windbreaker 5 helai setiap seorang sebagai baju hujan. Sport towel & mineral water 2 bottle.

Bahagian luar di belakang ada poket, mami selit canvas sheet.

Bawah bagpack ada khemah.

Mask 3M sediakan jugak incase situasi gempa dan lebih baik guna windbreaker berbanding baju hujan sebab lebih kecik, tak labuh & practical untuk bergerak, sebab dia macam sweater. Semua barang di masuk dlm plastic seal


BAGPACK HITAM :

Untuk lelaki yang bawa sebab berat dalam anggaran 15kg total. Bag ni akan digunakan bila sampai destinasi selamat ( incase gempa ) atau ketika atas bumbung sementara tunggu bantuan sampai. Baju, towel, selimut, pampers, tuala wanita semua letak dalam drybag pastu sumbat dalam bagpack hitam ni.. selamat tak basah..
Barang2 di dalam Bagpack Hitam :


Zip depan ada extra mask KN94, extra filter utk mask 3M, ubat-ubatan, set charger ( bateri charger )


Kiri & kanan ada air mineral


Bahagian dalam ni, asingkan pakaian & selimut semua masukkan dalam dry bag, pastu masuk dlm bag hitam ni.. so tak payah seal satu2 sebab besar, plastic seal pun tak muat nak masuk selimut..ada set pakaian ( 1 persalinan sahaja & pakai baju yang ada saja tak perlu membazir, digalakkan pakaian yg cepat kering ), makanan, barang mandi ( sabun mandi, ubat gigi & berus gigi shj & sabun basuh baju )


Details setiap barang dalam bagpack boleh tengok gambar sebagai panduan.










Bila dah ada BOB, kena selalu check atleast sebulan sekali supaya kita sentiasa ingat kedudukan barang dlm bagpack dan upgrade

 




Kredit: Nur Farhana Aziz

❀ No comments ❀