Monday 30 October 2023

Kek Cawan Vanila : Vanilla Cupcake



hai selamat petang sahabat pembaca di luar sana. Lebatnya hujan hari ni..Alhamdulillah..syukur ya Allah..ada tak yang kat sini penggemar buat kek?? kalau ya, cuba komen kek ape yang korang suka ??Kalau tak keberatan jom kongsikan dengan syasya resepi yang sedap2!! 😜 Nanti syasya akan up dekat entry..ok tak???
okaylah...resepi kat bawah ni syasya tak ingat la sumber daripada mana...ade la dalam 13 tahun duk dalam buku resepi dapur syasya...hikhiks... jom kita terus tengok bahan2 yea...selamat mencuba guys!


Bahan-bahan kek

180g mentega dilembutkan sedikit
150g gula kastor
3 biji telur
180g tepung naik sendiri (diayak)
50ml susu 
1/2 sudu kecil estrak vanila



Bahan-bahan Aising

20g mentega
60g keju berkrim (creamcheese) dilembutkan pada suhu bilik
70g gula aising
2 sudu besar kordial sunquick (anggur)


Cara menyediakan kek cawan:-

Putarkan mentega dan gula sehingga ringan dan gebu sebelum memasukkan telur satu persatu. Pastikan setiap biji telur telah dipukul dengan sebati sebelum memasukkan telur seterusnya. 
Masukkan separuh daripada tepung yang telah diayak, tambahkan susu dan vanila. Kemudian masukkan baki tepung. Kaup dan balikkan adunan sehingga sebati. 
Masukkan adunan tadi ke dalam acuan kek cawan sehingga 3/4 penuh. Bakar dalam ketuhar 190 darjah selama 12-15 minit atau sehingga kek naik dan keemasan. Pindahkan kek-kek yang telah siap dibakar ke rak penyejuk. 


Cara menyediakan aising:-

Campurkan mentega dan keju berkrim didalam mangkuk kecil dan pukul sehingga licin dan berkrim. Tambahkan gula aising dan kordial sunquick (anggur) pukul sehingga sebati. 
Sapukan aising Sunquick Anggur ke atas kek-kek yang telah disejukkkan. Dapatkan kesan menarik dengan menitiskan beberapa titik sunquick anggur tadi pada bahagian atas aising dan kacau aising menggunanakan pencungkil gigi/ lidi. Siap!!!


Sunday 29 October 2023

Allah SWT Tak Jadikan Sesuatu Suka2 Je..

 

Allah SWT Tak Jadikan Sesuatu..Suka2 Je..

 Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan 
 Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan suami yang panas baran
 Bukan suka² Allah berikan kita anak yang degil dan nakal 
 Bukan suka² Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama 
 Bukan suka² Allah beri kita anak ramai 
 Bukan suka² Allah langsung tidak beri anak pada kita 
 Bukan suka² Allah *beri kita pelbagai sakit
 Bukan suka² Allah aturkan kisah silam kita.. 

Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. 
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". 
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA. 







 Bukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.Hidup kita Allah yang atur. Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah.. Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya. 
 Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah.Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja. Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang. 
DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.





Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.
Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., 
Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab. 
Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!
Lakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya. 
Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. InsyaaAllah


#copypaste
#syukurselalu

Wednesday 25 October 2023

Qunut Nazilah dan anjing Tuhan







SUMBER: UTUSAN MALAYSIA


“Ya Allah! Hantarlah seekor anjing daripada banyak anjing ciptaan-Mu untuk memusnahkan mereka.”

Dahulu semasa kecil sehingga zaman remaja, doa di atas selalu penulis dengar dibaca oleh Al-Marhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan dalam semua solat di masjid beliau ketika sebarang bencana menimpa umat Islam.

Amalan ini dipanggil Qunut Nazilah iaitu doa khas dalam semua solat ketika umat Islam ditimpa sebarang bencana seperti serangan musuh, penularan wabak penyakit, kemarau dan sebagainya.

Qunut Nazilah adalah sunnah Nabi SAW yang perlu dilaksana untuk mendapat bantuan daripada Allah atas bencana yang melanda. Nabi SAW pernah mendoakan kemusnahan kepada tiga kabilah Arab iaitu Ri’lan, Dhakwan dan ‘Usayyah yang menipu baginda SAW sehingga menyebabkan 70 sahabat Ansar mati dibunuh. (Sahih al-Bukhari, 3781).

Baginda SAW turut melakukan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan beberapa sahabat Nabi yang ditawan di Mekah. Ia bermaksud: Ya Allah selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abi Rabi’ah, al-Walid bin al-Walid dan Salamah bin Hisyam. Ya Allah selamatkanlah orang yang lemah dalam kalangan orang yang beriman. Ya Allah keraskan ‘azab-Mu ke atas Mudhar (kabilah Arab Mekah). Ya Allah jadikanlah (‘azab-Mu) ke atas mereka dalam bentuk musim kemarau yang panjang sebagaimana musim kemarau pada zaman Nabi Yusuf a.s. (Sahih al-Bukhari, 951).

Semasa dikepung tentera bersekutu di Madinah pada tahun ke 5 Hijrah dalam perang Ahzab baginda berdoa yang bermaksud: Ya Allah! Tuhan Yang menurunkan kitab, cepat audit-Nya, tewaskanlah tentera bersekutu. Ya Allah tewaskan mereka serta gegarkan kedudukan mereka. (Sahih Muslim, 3277)

Ringkasnya tiada lafaz khusus dalam doa Qunut Nazilah dan ia boleh disesuaikan dengan situasi yang melanda. Lalu mengapa pula ada doa agar Allah mengutus anjing-Nya memusnahkan musuh?

Rupanya doa tersebut diambil sempena doa yang pernah nabi ucapkan kepada ‘Utbah bin Abu Lahab, sepupu Baginda sendiri.

‘Utbah bin Abu Lahab asalnya berkahwin dengan Ruqayyah, anak perempuan Rasulullah. Setelah baginda dilantik menjadi nabi, ‘Utbah menceraikan Ruqayyah.

Banyak sungguh celaan, makian dan kezaliman yang dilakukan ‘Utbah dan keluarganya terhadap Rasulullah dan umat Islam. Kemuncaknya, Baginda SAW berdoa kepada ‘Utbah dengan nada yang sangat keras yang bemaksud: Ya Allah! Hantarlah seekor anjing daripada banyak anjing ciptaan-Mu untuk musnahkannya.

Kemudiannya ketika ‘Utbah bin Abi Lahab keluar ke Syam, dia telah dibaham singa walaupun dia dikawal rapi ahli rombongannya (Sunan Kubra, Imam al-Bayhaqi).

Soalannya, mengapa singa dalam kisah ini dipanggil anjing? 

Ia disebut secara umum bagi mewakili semua haiwan buas yang biasanya membaham mangsa. Ia dipetik daripada perkataan – Mukallibin – iaitu sebarang haiwan buas seperti anjing yang dilatih untuk berburu dalam ayat berikut:

Ia bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (makan) yang lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang pemburu yang kamu ajar (untuk berburu) BERBURU) mengikut cara pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah daripada apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu)…. “ (al-Ma’idah 5:4).










     








Penghapusan etnik Palestin di Gaza oleh pengganas Zionis Yahudi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mana-mana akal manusia yang sihat.

Negara haram Israel yang selalu dibelai manja negara kuasa besar dunia menjadi semakin bongkak seolah mereka mendabik dada seraya berkata: “Kami kuat! Penyokong kami juga kuat. Tiada siapa boleh kalahkan kami. Apalah sangat roket pejuang Gaza”.

Perlu diingat, bangsa bongkak seperti mereka pernah mendiami bumi suatu masa dahulu. Lalu Allah hapuskan mereka sama sekali dari muka bumi.

Lihat firman Allah yang bermaksud: Adapun kaum ‘Ad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatan-Nya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tandatanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).

Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu). (Fussilat: 15-16)

Ayat ini membawa mesej kepada Zionis Yahudi di Israel agar bersedia menerima serbuan tentera Allah yang mungkin terdiri daripada berbagai anjing ganas ciptaan Allah atau bencana alam yang pernah menimpa kaum ‘Ad.

Jangan kalian ingat Allah akan membiarkan kebiadaban itu dibiar begitu sahaja oleh Allah! Anda silap! Janji Allah tak pernah silap yang bermaksud: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (Ibrahim:42)

Walaupun kelihatan teruk dizalimi, hakikatnya penduduk Palestin sangat beruntung kerana saban hari berpeluang mendapat ganjaran mati syahid sebagai bentuk kematian tertinggi.

Situasi mereka boleh kita hayati di sebalik firman Allah yang bermaksud: Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu untuk kami melainkan satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan kami menunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisi-Nya, atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama kamu. (al-Taubah: 52)

Bagi umat Islam Malaysia, teruskan bantuan anda kepada saudara kita di Palestin dalam bentuk kewangan, advokasi dan bacaan Qunut Nazilah.

Semoga bacaan Qunut Nazilah ini menjadi sebab Allah mengutus pelbagai bantuan kepada rakyat Gaza dengan berbagai tentera-Nya.

Ketahuilah! Tentera Allah itu infiniti jumlahnya sebagaimana gambaran Allah dalam al-Quran yang bermaksud: Dan tiada yang mengetahui (jumlah serta bentuk) tentera Tuhanmu melainkan Dia sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. (al-Muddaththir: 31)

Penulis adalah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Pusat Bahasa UIAM.