Thursday, 18 October 2012

INFO SIHAT ::MISS "V"::




Rata-rata jika diambil kira latar belakang seseorang gadis remaja yang datang dari keluarga melayu Islam, maka tidak hairanlah remaja tersebut kurang mendapat pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakan keluarga melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.Akibatnya, ramai gadis remaja berada didalam dilema kerana tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin tentang masalah jangkitan keputihan serta penjagaanya.



Keputihan yang sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Namun,ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang luarbiasa pula.Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak tepat.Apabila remaja mula berfikiran sebegitu dan mula mengambil mudah tentang gejalanya akan membawa kesan yang berpanjangan sehingga meningkat dewasa dan realitinya terdapat ramai remaja yang masih bergelut dengan masalah ini walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.Remaja dipohon supaya mengenali gejala keputihan ini supaya mudah untuk mencari rawatan yang sesuai dari jangkitan yang dialami daripada membiarkanya tanpa rawatan yang boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak di ingini disebabkan oleh “prolong infection”.


Apakah itu keputihan?
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan yang normal
Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi.

Keputihan yang abnormal
Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.

Antaranya ialah:

1. Ketika terlalu letih.

2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.

3. Jangkitan.

Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan
Sekiranya remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi.

Mengenali gejala jangkitan Mikroorganisma :

1. Kulat Candida atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing
Perkara yang satu ini sering diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Beberapa Tips yang boleh diamalkan :

  1. Hindari pengunaan sabun,gel dsb dan hanya guna air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak dikawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt,yakult,sayuran hijau,bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.



Akhir sekali nasihat saya agar para remaja mengambil sikap yang lebih serius terhadap gejala keputihan. Beberapa kajian mendapati keputihan yang yang dibiarkan terlalu lama walaupun hanya gejala biasa, lama kelamaan berupaya menyerang selaput dara. Sebahagian besar lendiran keputihan yang mengandungi jangkitan mikroorganisma telah merosakkan selaput dara sehinggakan apabila berumahtangga kelak dan sewaktu melakukan hubungan kelamin dimalam pertama berkemungkinan tidak akan mengeluarkan walaupun sedikit darah.




❀ 2 comments ❀

Khalilah MNor said...

Terima kasih utk info. Bab guna sabun special tu mmg tak sepatutnya digunakan *utk sesetengah produk*. Sebab pH sabun tak sama dengan pH asal. Kenalan pernah masuk hospital sebab ketidakseimbangan pH, sampai kencing bermasalah. Doktor pesan stop penggunaan sabun.

SYA-SYA said...

=3 same2 kahlilah...
tu la, syasya pon was2 nk gune sabun ape yg sesuai nth...