Wednesday 30 January 2013

PUNCA BAWAH LENGAN MENJADI GELAP & TIPS MENGATASINYA







credit to : wanista.com

hai kawan2...
hari ni sya-sya sekadar nk kongsi pada pada korg mengenai punca bawah lengan mjdi gelap...mklum la..korg asik care pasal kulit wajah aje..sesekali..kne la care pasal bhgian2 tubuh korg yg lain...okla, lau korg nk thu lbih lanjut...jom la bca... :3 zasssss....



Jika anda mempunyai bahagian bawah lengan yang gelap, anda tidak berseorangan kerana ramai wanita mengalami situasi ini. Mereka menyangka deodoran adalah punca utama berlakunya masalah ini tapi sebenarnya bukan itu sahaja. Masalah ini nampak ketara pada pemakai baju tanpa lengan.  Jika anda sendiri pun merasa kurang selesa, apatah lagi mata yang melihatnya.

Faktor 

Deodoran Sebenarnya ia bukan punca utama bahagian ketiak menjadi gelap atau rona tidak sekata. Tetapi jika anda tak membersihkan saki baki deodorant semasa membersihkan diri, dikhuatiri ia bertukar kepada bakteria yang menyebabkan bahagian disitu menjadi hitam. 

Hormon dan genetik Salah satu punca mengapa bahagian bawah lengan menjadi gelap. Adakalanya bahagian kulit yang sensitive bertindak balas kepada ‘merkuri’ yang ada dalam deodorant. 

Bercukur Kaedah mencukur bulu di bahagian bawah lengan juga perlu dilakukan dengan berhati-hati. Jikalau terluka atau alat yang digunakan tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menyebabkan ketiakmu gelap. 

Pakaian ketat Pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan menyebabkan pergeseran antara ketiak dan baju. Ia juga mudah menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi gelap dan selalunya berlaku pada orang yang berbadan besar. Awas, peluh pada ketiak boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan menyebabkan ketiak bertukar warna. Pigmen kulit struktur pigmen kulit dibahagian bawah lengan adalah berbeza dengan bahagian lain. Jadi ia boleh menjadi lebih gelap daripada permukaan kulit lain.

Bawah lengan merupakan bahagian kulit yang sensitif. Jika tersalah penggunaan produk atau menggunakan alat pencukur kurang bersih boleh menyebabkan terjadinya radang kulit


Tips penjagaan 


Sabun glutathione : Unsur glutathione berfungsi menghalang pengeluaran melanin, seterusnya menghasilkan kulit yang cerah secara semulajadi. Sabun ini sering digunakan untuk merawat hiperpigmentasi, jeragat, melasme, nada kulit tidak sekata, bintik hitam dan lain-lain. Boleh didapati di Watsons atau farmasi yang berhampiran. 

Kenakan pakaian yang longgar : terutamanya yang longgar dibahagian ketiak untuk memberi ruang pengudaraan dan memudahkan penyerapan peluh. 

Bedak anti bakteria : Berkesan jika disapukan pada bahagian bawah lengan selepas mandi untuk mengurangkan kesan peluh. Bedak bayi juga sesuai digunakan.Johnson’s Baby Powder sesuai digunakan selepas mandi untuk mengurangkan pembiakan bakteria. 

Wax : Kaedah waxing lebih berkesan dari kaedah mencukur bulu dibawah lengan untuk mengurangkan kesan hitam. Kaedah waxing boleh membantu membuang sel kulit mati setiap kali kamu menarik ‘ waxing strip’.

Pisau cukur : Pisau cukur yang tumpul dan berkarat boleh merangsang pertumbuhan bakteria di bawah lengan. Ingat tu! Pastikan ianya tajam dan tidak berkarat. 

Skrub : Lakukan scrub sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada bahagian bawah lengan. Jangan lupa sental ya? 

Minyak wangi: Ramai wanita yang suka menyembur minyak wangi secara terus pada bahagian bawah lengan kerana mereka ingatkan fungsinya sama seperti deodorant, untuk menghilangkan bau badan. Tapi anda salah. Apabila minyak wangi bercampur dengan bau peluh, kesannya terhasillah bau yang kurang menyenangkan. Kebanyakkan minyak wangi ada unsur metallic salt yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit. 

Pemilihan deodorant: Deodorant yang mengandungi unsur mineral seperti kristal lebih sesuai digunakan pada pemilik kulit sensitif. Deodarant mineral sudah mula dijual di farmasi dan juga di Guardian dan juga Watsons.Lebih efektif berbanding deodoran biasa, tidak melekat pada baju dan melekit, bebas alkohol dan paraben. Harga lingkungan RM 15 hingga RM 30. 

Pelembap : Anda ada merasakan bahagian bawah ketiak anda kering , anda boleh sapukan pelembap untuk melembutkan bahagian bawah lengan. Pelembap berjenama Dove dikatakan sesuai dan mampu melembapkan kawasan bawah lengan.

Kaedah tradisional :

1)Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu. 

2)Pilih buah betik yang tak terlalu masak, kemudian diparut sampai halus. Tekapkan parutan betik selepas anda mandi selama seminit dan bilas dengan air. Lakukan sekerap mungkin sehingga bawah lengan menjadi cerah. 

Mungkin ada di antara anda yang sudah mencuba petua tradisional ini dan merasa agak pedih. Itu adalah symptom normal untuk pada awalnya. Jika sudah dibuat beberapa kali, pastinya kesan pedih itu berkurangan. Biasanya hasil akan nampak dalam masa seminggu hingga 2 minggu.

❀ No comments ❀