Wednesday 19 February 2014

KETAHUI UNTUK TAMPIL LEBIH ANGGUN MENGIKUT KESESUAIAN FABRIK TUDUNG


 http://i1049.photobucket.com/albums/s389/SYASWEET/assalamulaikum.gif


SUMBER : DARA


Pernahkah anda tefikir tentang fabrik tudung setiap kali membelinya? Fabrik ternyata memberikan kesan kepada pemakaian anda. Terutama sekali untuk fabrik hijab anda. Ia merupakan tarikkan atau tumpuan utama dalam penampilan. Anda juga pasti tidak mahu penampilan kelihatan tidak menarik dan tidak selesa hanya kerana salah memilih fabrik tudung. Jadi, mari kenali jenis-jenis fabrik tudung agar anda tahu tudung manakah yang sesuai untuk anda gayakan ke acara yang betul!
 



 
Fabrik Sifon

Anggun dan mewah adalah ciri utama fabrik sifon. Sifatnya yang mudah tercarik disebabkan kainnya yang nipis menyebabkan anda perlu berhati-hati semasa memakainya. Acara yang sesuai untuk anda menggayakan tudung yang diperbuat daripada kain sifon ini adalah acara yang tidak memerlukan anda bergerak terlalu banyak seperti majlis yang glamor. Mungkin juga anda boleh memakai tudung daripada jenis fabrik sifon ke majlis minum petang.
 
 
Fabrik Lycra

Kebanyakan fabrik lycra ini juga mudah untuk dibentuk dan tidak timbul masalah tudung berubah kedudukan asalnya. ia adalah fabrik tudung yang paling sesuai untuk anda melakukan aktiviti lasak atau bersenam. Fabrik lycra mempunyai ciri sejuk dan mudah dibentuk serta labuhnya jatuh dengan elok sekali. Biarpun, kebanyakan tudung segera boleh menampakkan remaja seperti anda.
 
 
Fabrik Satin

Kini selendang kebanyakannya dihasilkan daripada fabrik satin. Biarpun tampak cantik tapi selendang yang dihasilkan daripada fabrik  ini   sukar untuk dibentuk . Tanpa penggunaan anak tudung yang mempunyai pengeras, pastinya sukar untuk anda memperolehi gaya yang dihasilkan daripada fabrik satin ini sangat sesuai untuk dipakai ke majlis semi-formal.
 
 
Fabrik Sutera

Untuk ke acara glamor, mungkin anda boleh menggayakan tudung yang dihasilkan daripada fabric sutera. Ciri fabriknya yang lembut, licin dan berkilat pasti menimbulkan aura glamor pada si pemakainya. Pun begitu, harus diingat fabric ini sukar untuk digayakan jika anda tidak tahu cara pemakaiannya yang betul. Oleh itu, jangan lupa memakai anak tudung yang mempunya pengeras dihadapannya dan gunakanlah jarum serta kerongsang yang tajam agar tudung anda tidak tercarik.
 
 
Fabrik Voile

Tudung bawal sudah sinonim buat mereka yang bertudung di negara ini kerana kainnya yang tidak terlalu lembut dan mudah untuk dibentuk dan digayakan untuk ke pelbagai acara. Tudung bawal dihasilkan daripada sejenis fabrik yang nipis dan lembut yang berasal dari kapas, sutera atau rayon atau lebih dikenali sebagai fabrik voile. Biarpun, boleh digayakan ke pelbagai jenis acara, pilihlah gred fabrik yang sesuai untuk ke acara yang eksklusif supaya anda  selesa ketika menggayakannya.

❀ 3 comments ❀

Khairul Bariah said...

salam & hai, bagus info ni. nti takde lah saya pakai tudung blink2 ke ofis. :)
btw saya datang dan follow sini. feel free hit me back yeah.
http://sweetmemories4u.blogspot.com/

Ana Jingga said...

good info sya sya yang memang sweet..tq for sharing dear..

puan syasya said...

khairul bariah: WAALAIKUMUSSALAM...
hehee..mceh sbb follow..bgaya pada tmpt yg ssuai..n selesa..itu yg penting..
^^,

anajingga: yw dear..alahai..awak pn sweet juga.. ^^, kita slg kongsi info utk wanita...apa salahnya..