KETAHUI UNTUK TAMPIL LEBIH ANGGUN MENGIKUT KESESUAIAN FABRIK TUDUNG
SUMBER : DARA
Pernahkah anda tefikir tentang fabrik tudung setiap kali
membelinya? Fabrik ternyata memberikan kesan kepada pemakaian anda.
Terutama sekali untuk fabrik hijab anda. Ia merupakan tarikkan atau
tumpuan utama dalam penampilan. Anda juga pasti tidak mahu penampilan
kelihatan tidak menarik dan tidak selesa hanya kerana salah memilih
fabrik tudung. Jadi, mari kenali jenis-jenis fabrik tudung agar anda
tahu tudung manakah yang sesuai untuk anda gayakan ke acara yang betul!
Fabrik Sifon
Anggun dan mewah adalah ciri utama fabrik sifon. Sifatnya yang mudah
tercarik disebabkan kainnya yang nipis menyebabkan anda perlu
berhati-hati semasa memakainya. Acara yang sesuai untuk anda menggayakan
tudung yang diperbuat daripada kain sifon ini adalah acara yang tidak
memerlukan anda bergerak terlalu banyak seperti majlis yang glamor.
Mungkin juga anda boleh memakai tudung daripada jenis fabrik sifon ke
majlis minum petang.
Fabrik Lycra
Kebanyakan fabrik lycra ini juga mudah untuk dibentuk dan tidak timbul
masalah tudung berubah kedudukan asalnya. ia adalah fabrik tudung yang
paling sesuai untuk anda melakukan aktiviti lasak atau bersenam. Fabrik
lycra mempunyai ciri sejuk dan mudah dibentuk serta labuhnya jatuh
dengan elok sekali. Biarpun, kebanyakan tudung segera boleh menampakkan
remaja seperti anda.
Fabrik Satin
Kini selendang kebanyakannya dihasilkan daripada fabrik satin. Biarpun
tampak cantik tapi selendang yang dihasilkan daripada fabrik ini
sukar untuk dibentuk . Tanpa penggunaan anak tudung yang mempunyai
pengeras, pastinya sukar untuk anda memperolehi gaya yang dihasilkan
daripada fabrik satin ini sangat sesuai untuk dipakai ke majlis
semi-formal.
Fabrik Sutera
Untuk ke acara glamor, mungkin anda boleh menggayakan tudung yang
dihasilkan daripada fabric sutera. Ciri fabriknya yang lembut, licin dan
berkilat pasti menimbulkan aura glamor pada si pemakainya. Pun begitu,
harus diingat fabric ini sukar untuk digayakan jika anda tidak tahu cara
pemakaiannya yang betul. Oleh itu, jangan lupa memakai anak tudung yang
mempunya pengeras dihadapannya dan gunakanlah jarum serta kerongsang
yang tajam agar tudung anda tidak tercarik.
Fabrik Voile
Tudung bawal sudah sinonim buat mereka yang bertudung di negara ini
kerana kainnya yang tidak terlalu lembut dan mudah untuk dibentuk dan
digayakan untuk ke pelbagai acara. Tudung bawal dihasilkan daripada
sejenis fabrik yang nipis dan lembut yang berasal dari kapas, sutera
atau rayon atau lebih dikenali sebagai fabrik voile. Biarpun, boleh
digayakan ke pelbagai jenis acara, pilihlah gred fabrik yang sesuai
untuk ke acara yang eksklusif supaya anda selesa ketika menggayakannya.

❀ 3 comments ❀
salam & hai, bagus info ni. nti takde lah saya pakai tudung blink2 ke ofis. :)
btw saya datang dan follow sini. feel free hit me back yeah.
http://sweetmemories4u.blogspot.com/
good info sya sya yang memang sweet..tq for sharing dear..
khairul bariah: WAALAIKUMUSSALAM...
hehee..mceh sbb follow..bgaya pada tmpt yg ssuai..n selesa..itu yg penting..
^^,
anajingga: yw dear..alahai..awak pn sweet juga.. ^^, kita slg kongsi info utk wanita...apa salahnya..
Post a Comment