Muslimah memang tak guna..???"
Buat sahabat muslimah terutamanya.....
Tetap tenang dan teruskan membaca dengan teliti....smile😊😊
Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA baju yang nipis dan ketat
apabila keluar rumah, sehingga terbayang kulitnya dan bentuk badannya. Kerana
dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh
perempuan jalang.
Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TIDAK GUNA rantai kaki
yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun
tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih
lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar
larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi
yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat
tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini
menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk
membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu
bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar
rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh
berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang
keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah
mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan
perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar
tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk
dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang
yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki
atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TIDAK GUNA tudung
yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya dan menampakkan bahagian yg
sepatutnya ditutup. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena
panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya
sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian
dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59
al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi
peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa
yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan
mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lunak manja itu untuk
menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan
bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh
berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk
menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita
yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg
bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih
kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan
yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh
menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit
dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang
dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang
wanita melalui suaranya.
Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk
menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek
(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana
semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada
suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana
sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan
bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti
hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya.
atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
Perempuan islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung
seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari
pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu
tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota
berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk
menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu
adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan
oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A
"Hendaklah mereka (wanita) menahanpandangannya, dan kemaluannya, danjanganlah mereka menampakkanperhiasannya, kecuali yang (biasa)nampak dari padanya. Dan hendaklahmereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkanperhiasannya (auratnya) kecuali kepadamahram mereka.”
(Surah an-Nuur 24: 31)
peringatan ni untuk ana n smua muslimah :)
kepada muslimin pula, antum boleh
nasihatkan kakak, adik, ibu, nenek, saudara
perempuan,
teman n sesiapa saja muslimah disekeliling.
❀ No comments ❀
Post a Comment