Entry hari ini syasya nak kongsikan panduan membaca Yasin Hajat. Selalunya mak syasya akan guide untuk baca Yasin Hajat mase zaman syasya sekolah dulu..thanks 💗mak!!..and hari ni syasya kongsikan ilmu ni untuk korang.
Surah Yasin merupakan surah ke-36 dalam kitab suci Al-Quran. Ia mempunyai 83 ayat yang termasuk di antara surah Makiyyah (diturunkan di Mekah). Yasin turut digelar sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’. Maksudnya adalah ia yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Khas buat anda yang sedang berhajat….
Sebaiknya buatlah solat sunat Tahajud dahulu (1/3 malam yang akhir)
Diikuti solat sunat Hajat.
Bacalah Yasin Hajat ini selepas solat subuh.
Mesti 3 kali Jumaat berturut2, jika tidak anda dikehendaki mengulangi semula.
Paling penting anda mesti yakin.
Cara-cara membacanya:
Baca 3x selepas solat subuh hari jumaat- seeloknya 3 jumat berturut-turut
Surah Al-fatihah
Selawat اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Surah Yasin ayat 1 : 3 atau 7 kali يٰسۤ ۚ
[Yaa, Siin] Surah Yasin ayat 38: 14 kali ۗذٰلِكَ تَقْدِيْرُ الْعَزِيْزِ الْعَلِيْمِۗ
[itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui] Surah Yasin ayat 58 : 3 atau 7 kali سَلٰمٌۗ قَوْلًا مِّنْ رَّبٍّ رَّحِيْمٍ
[(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.] Surah Yasin ayat 82 : 12 kali اِنَّمَآ اَمْرُهٗٓ اِذَآ اَرَادَ شَيْـًٔاۖ اَنْ يَّقُوْلَ لَهٗ كُنْ فَيَكُوْنُ
[Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.]Selawat اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Surah Al-Fatihah
Doa Mohon HAJAT
Selawat اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Boleh juga di bacakan pada air jika untuk melembutkan hati anak/isteri/suami yg keras. Ada yg berjaya disembuhkan dari penyakit berbahaya, ada yg memohon untuk dapat anak selepas 10 thn kahwin berjaya dapat zuriat, ada yg suami tak solat, tiba2 mahu solat dan ke masjid dll. Mohon dan doalah dgn yakin.…