Friday 18 August 2023

ZIHIN MUKMIN : BUKAN ZIKIR BIASA!!




"Kita ingat kalimah zikir ni biasa-biasa saja... tapi rupanya....."

عن أبي سعيد الخدري، وأبي هريرة، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "إنَّ اللهَ تعالى اصْطفَى من الكلامِ أرْبعًا : سُبحانَ اللهِ ، والحمدُ للهِ ، ولا إِلهَ إلَّا اللهُ ، واللهُ أكْبَرُ . فمَنْ قال : سُبحانَ اللهِ كُتِبَتْ لهُ عِشرُونَ حسَنةً ، وحُطَّتْ عنهُ عِشرُونَ سيِّئَةً . ومَنْ قال : اللهُ أكْبرُ ، مِثلَ ذلِكَ . ومَنْ قال : لا إِلهَ إلَّا اللهُ مِثلَ ذلِكَ ، ومَنْ قال : الحمدُ للهِ ربِّ العالَمِينَ ، من قِبَلِ نَفْسِهِ كُتِبَتْ لهُ ثلاثُونَ حسَنةً وحُطَّ عنْهُ ثلاثُونَ خَطيئَةً."

Daripada Saiyidina Abu Sa'id al-Khudri r.a. dan Saiyidina Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, 
“Sesungguhnya Allah telah memilih empat (kalimah) daripada (seluruh) kalam (kata-kata, iaitu): 

سُبحانَ اللهِ ، والحمدُ للهِ ، ولا إِلهَ إلَّا اللهُ ، واللهُ أكْبَرُ

[Maha suci Allah (daripada segala kekurangan); dan Segala pujian hanyalah bagi Allah (yang memiliki segala kemuliaan, keagungan dan keindahan); dan Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan Allah Maha Besar (kemuliaan dan keagungan-Nya)]_

Barang siapa yang mengucapkan: Subḥanallah, Allah menulis baginya dua puluh (20) kebaikan atau menggugurkan darinya dua puluh (20) kejahatan (dosa). 

Dan barang siapa yang mengucapkan: Allāhu Akbar, maka (dia akan mendapat) seperti itu. 

Dan barang siapa yang mengucapkan: Lā ilāha illā Allāh, maka (dia akan mendapat) seperti itu. 

Dan barang siapa yang mengucapkan: Al-Ḥamdu lillāhi rabbil ʿālamīn, [ikhlas] daripada dirinya, dituliskan baginya tiga puluh (30) kebaikan dan digugurkan daripadanya tiga puluh (30) kejahatan (dosa).”
(HR Ahmad, al-Hakim, al-Bazzar; sahih)

Rupanya kalimah zikir yang kita rasa mcm biasa² saja ni, adalah kalimah² pilihan yg hanya dgn melafazkannya membawa begitu banyak kemuliaan kpd kita!

Jika kita ni jenis yg byk dosa, sekali sebut, 20 dosa kita dihapuskan. Jika kita ni jenis yg kurang pahala amalan, dgn sekali sebut, 20 hasanah akn dicatatkan dlm buku amalan kita...

Allahu akbar.. Maha Rahim-nya Allah Taala kpd kita!

Alim ulama menyarankan supaya kita istiqamah disiplinkan berzikir dgn kalimah² ni... 100 kali pd waktu pagi, 100 kali pd waktu petang, setiap hari.

Jom kita azam utk istiqamah amalkan! 🙋🏻‍♂️😊

Mati itu pasti, hidup ini sekadar insya Allah jer.... 

sumber : Gunawan Aziz

❀ No comments ❀