Tuesday, 15 April 2025

RESEPI AYAM PERCIK 😘



Salam Aidilfitri buat semua umat Islam yang menyambut perayaan di bulan Syawal. Musim2 perayaan ni rasa macam teringin nak masak Ayam Percik.. Nak buat pon mudah. Jom kite follow resepi ni rapat2..

Jenguk Facebook : Zaky Mat Ali banyak lagi resipi mudah 


Resepi Ayam Percik 














Bahan-bahan

Seekor Ayam

1 liter Santan

8-10 Bawang Merah

4 ulas Bawang Putih

2 sudu serbuk Kunyit

2 inci halia

6 tangkai Cili Kering atau 3 sudu Cili Giling

2 batang Serai

1 sudu kecil Asam Jawa

Garam dan Gula secukup rasa


( Untuk perapan ayam)

3 sudu serbuk kunyit

2 sudu garam 


Cara memasak

Ratakan serbuk kunyit dan garam pada keseluruhan ayam, kemudian panggang.

Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering. Masukkan bahan kisar kedalam periuk. Masukkan bersama santan dan serbuk kunyit. Masukkan asam jawa dan serai yang di ketuk. Kacau perlahan- lahan.

Masukkan garam dan gula.

Curah kuah percik ke atas ayam semasa di panggang.

Sunday, 13 April 2025

Yasin 7 Mubin Ikhtiar Segala Hajat





Surah yasin dapat menghidupkan hati yang mati iaitu dengan kita sentiasa mengingati pesan-pesan berpandukan Al-Quran dan sunnah.

Dalam surah Yasin, terdapat beberapa isi penting yang perlu kita ketahui. Antaranya seperti:Allah SAW menyatakan kepada manusia bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Nya.
Adanya balasan syurga dan neraka.
Manusia perlu berfikir melihat tanda kekuasaan Allah.
Penceritaan tentang hari kiamat.
Keadaan kekuasaan Nya apa bila Dia menghendaki sesuatu itu jadi, maka jadilah ia.

Selain itu keunikan surah Yasin juga adanya dari perkataan “mubin”. Dalam Al-Quran terdapat 119 kalimah “mubin” dan 7 daripadanya ada dalam surah Yasin.

Dari sudut bahasa beerti jelas dan nyata keadaannya tanpa sebarang keraguan dan kesamaran pada kewujudannya.

Rumusan 7 mubin surah Yasin:


Mubin 1 (ayat 22) : Kitab catatan amalan manusia di Luh Mahfuz atau di Mahsyar.
Mubin 2 (ayat 17): Sifat ucapan dakwah tiga Rasul yang diutuskan.
Mubin 3 (ayat 24): Sifat syirik menurut lelaki beriman dari hujung kota.
Mubin 4 (ayat 47): Kecaman pada ucapan kafir yang bakhil.
Mubin 5 (ayat 60): Permusuhan syaitan pada manusia.
Mubin 6 (ayat 69): Sifat penyampaian Al-Quran oleh Nabi SAW.
Mubin 7 (ayat 77: Sifat penentangan kafir selepas segala hujah dijelaskan.




Ayat suci Al-Quran adalah mukjizat yang merupakan petunjuk serta senjata yang paling ampuh kepada semua umat Islam yang betul-betul yakin dan beriman kepada Al-Quran. Begitu juga Yasin 7 Mubin pulangkan sihir dan untuk segala hajat yang berada di dalam Al-Quran.

Tidak semua ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran boleh dikuasai oleh semua orang. Tetapi jika kita mendalami segala ilmu yang terdapat di dalamnya pasti akan dapat meningkatkan kekuatan iman serta akan lebih dekat dengan Allah.

Walau bagaimanapun, salah satu surah yang terdapat dalam Al-Quran iaitu Surah Yassin mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri dan amat digalakkan untuk dijadikan amalan harian.
Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir Untuk Segala Hajat

Di dalam Surah Yassin pula terdapat Yasin 7 Mubin yang mempunyai perkataan mubin dalam setiap ayatnya iaitu 7 kesemuanya yang sangat banyak khasiat, fadhilat dan kelebihannya yang boleh diamalkan oleh diri kita sendiri.

Antara fadhilat dan kelebihan Yasin 7 Mubin yang mempunyai rahsia yang tersendiri seperti yang dikongsikan di laman Facebook oleh Shafiq Qolbu adalah seperti berikut:

  • Melindungi diri sendiri dari sebarang fitnah atau dzalimi oleh manusia.
  • Untuk pesakit yang tenat dan diberikan minum air yang dibaca surah ini.
  • Dapat mencari barang yang hilang.
  • Untuk dibaca kepada anak-anak yang tidak mendengar kata.
  • Memulangkan sihir kepada mereka yang telah menghantar.
  • Dijadikan sebagai pendinding diri daripada gangguan jin dan syaitan.
  • Dan banyak lagi jika nak dihuraikan.
Sekiranya anda ingin mencari barang yang hilang seperti hilang kenderaan, barang kemas atau apa saja barang berharga, anda boleh amalkan membaca Yasin 7 Mubin ini untuk mendapatkan semula barang yang hilang tersebut.

Walau bagaimanapun, perlu anda ketahui tidak semua barang yang boleh dicari dengan menggunakan Yasin 7 Mubin yang mana ia tidak boleh dibaca untuk cari barang yang tidak berharga seperti buah-buahan dan seumpamanya yang mudah luput.

Namun, diingatkan anda tidak boleh meletakkan harapan atau kebergantungan kepada ayat ini semata-mata, jaga iktikad dan berserahlah kepada Allah SWT. Ia sekadar satu kaedah atau zikir sahaja iaitu satu ikhtiar untuk memohon kepada Allah SWT. 





KAEDAH MEMBACA YASIN MUBIN

1. Bangun ketika di waktu malam, bersihkan diri serta mengambil wuduk.


2. Membuat Solat Sunat Taubat sebanyak 2 rakaat.

3. Menunaikan Solat Hajat dua rakaat dan diakhiri dengan doa agar dijauhkan gangguan sihir. 
Anda boleh juga membaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan bersungguh-sungguh di dalam hati serta memohon keampunan dari Allah SWT ketika di dalam solat iaitu di sujud terakhir.



4. Apabila selesai, baca Surah Yasin sehingga terjumpa perkataan Mubin yang pertama, anda perlu berhenti seketika dan berdoa supaya dipulangkan sihir tersebut kepada mereka yang menghantar atau penyihir berkenaan.



5. Kemudian ulang semula dari awal membaca Surah Yasin sehingga menjumpai perkataan Mubin yang kedua dan berdoa seperti mana yang anda baca doa pada Mubin pertama itu tadi.



6. Anda perlu ulang dan lakukan langkah tersebut dengan membaca semula dari awal Surah Yasin sehingga setiap kali bertemu perkataan Mubin perlu berhenti Mubin yang ke 3, 4, 5, 6 dan yang ke 7 dengan berdoa supaya dipulangkan sihir kepada penyihir serta berniat untuk berikan kesedaran dan pengajaran kepada mereka.











7. Setelah itu, teruskan bacaan Surah yasin yang masih berbaki sehingga ke ayat yang ke 83 iaitu ayat yang terakhir di dalam Surah Yasin.

8. Kemudian tidur, sebelum itu anda perlu membaca Surah Al-Kautsar sebanyak 10 kali diiringi dengan niat meminta atau memohon diberikan petunjuk menerusi mimpi ketika tidur lena nanti. Insya Allah akah berhasil.


Walau bagaimanapun, apakah hukum amalan ini jika diamalkan dan dari mana asal usul ibadah ini? 

Ada yang berpendapat Yasin 7 Mubin pulangkan sihir ini tiada dalil atau nas yang sahih berkaitan dengan amalan ini sama ada ia pernah dibuat oleh Rasulullah SAW atau pun para sahabatnya.

Namun, adalah tidak menjadi kesalahan jika kita jadikan zikir serta doa sebagai salah satu ikhtiar untuk memohon kepada Allah SWT pada setiap keinginan kita berpandukan ayat Al-Quran termasuk ayat Yasin 7 Mubin pulangkan sihir ini.

Oleh itu, anda boleh berniat untuk Yasin 7 Mubin ini sebagai ikhtiar untuk segala hajat anda sendiri atau untuk memulangkan sihir kepada mereka yang menyihir anda. Semoga perkongsian amalan baik ini akan bermanfaat dan membantu anda semua ahli keluarga. Insya Allah.