Friday 3 November 2023

CARA MERAWAT ANAK DEMAM




“Doc, Boleh tak anak saya MANDI ketika DEMAM?”

(Upgrade drp Artikel 374 doc pd Julai 2016 atas pemintaan ramai. )
Soalan di atas banyak di soal pesakit doc ketika doc merawat pesakit di klinik doc. Terbaik serapkan ilmu ni dan fikir dgn baik sebelum membuat sebarang tindakkan tanpa pengaruh oleh sesiapa pun jika anak anda tgh demam. Krn anak yg demam tu anak anda bukan?? 

Apa tu demam?
Suhu normal badan bayi antara 36-37.5 °C. Klu lebih drp 37.5 °C.... Demam le bayi tu. Demam terjadi sbgai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteri/virus. Suhu badan naik automatik sbb darah/antibodi si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu. Klu demam itu sedikit je, emak bapa relax je le jika bayi tu tetap aktif bermain, minum & makan OK. Tak perlu berinya ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami melawan infeksi serta demamnya kebah semula.

ANGGAPAN mengatakan anak demam JANGAN dimandikan adalah sesuatu yg SALAH. Ni krn ketika suhu anak meningkat mereka perlu dimandi atau badan perlu disejukkan. Tpi biarkan CARA yg betul. Doc huraikan dibawah ni untk kebaikan kita bersama:

Cara2 menurunkan suhu tubuh bila DEMAM bayi berlarutan:

Gunakan kain tuala kecil di basahkan dgn AIR SUAM ( Lukewarm water: 32.2°C - 35°C) lalu
Tepid Sponging / Jeram Jelum iaitu diletak kain tuala basahan tu di dahi, perut, leher, ketiak & celah paha atau sapu selapisan di seluruh badan bayi tersebut. Air suam ni bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori2 & mudahkan mengeluarkan panas badan dari dlm tubuh bayi ke udara. Tepid sponging terbaik dilakukan dlm 20 ke 30 min. Hentikan jika suhu bayi tu kembali normal atau bayi itu ada tanda menggigil/shiver.Jelas sekali, Tindakan mengelap air suam bertujuan menurunkan suhu badan yg ketika tu berada pd paras tinggi & tak normal.

Boleh tak MANDIkan bayi ketika demam untuk turunkan suru badan?BOLEH je..... tpi BUKAN dgn air paip yg amat sejuk menggigil (COLD) ketika pagi tpi dgn air paip yg tghari yg sejuk suam (COOL/WARM) lalu dgn pantas dikeringkan dgn tuala secepat mungkin & terus cepat tutup badan dgn pakaian.
Elak bayi drp bayi menggigil!!! Dgn begini tubuh jadi segar & nyaman sbb suhu badan dpt diturunkan dgn segera.

Adalah satu KESILAPAN jika anda:
Menggunakan air paip yg terlalu sejuk (COLD) , air AIS, atau KETUL AIS untk menurunkan suhu panas bayi tersebut…sbb hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi MENINGKAT lagi suhu badan, kerana air yg terlalu dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yg dibawa darah ke kulit terhalang untk disejukan. 
Ingat LUKEWARM WATER sbgai Tepid sponging amat terbaik menurun suhu badan bayi. 

Anda sbgai emak ayah, jika anda sendiri DEMAM….cuba pi terus MANDI AIR SEJUK (COLD) ……Pijak lantai bilik air pun dah mengetar/gigil…apatah lagi MANDI AIR SEJUK!! 
Klu PERIOK YANG PANAS JIKA DIBASUH air sejuk AKAN BERASAP
Biar periuk tu sejuk dulu…baru basuhkan….bukan??

Hindari menyelimuti tebal Si Comel yg demam atau memakaikan baju yg tebal spt jaket atau pakaian ketat yg bukan menurunkan suhu badan tpi meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg nipis & longgar, yg dpt menyerap peluh sehingga suhu badan Si Comel menurun ke normal.

Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak…spt peluh dan kencing. Maka rajin2lah menyusu atau beri air yg banyak kpd bayi anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin/peluh yg juga menolong menurunkan suhu badan yg panas!!

Pastikan sistem pengudaraan bilik dlm keadaan baik. Biar udara keluar masuk melalui tingkap.
Kipas atau penghawa dingin leh dipasang bagi membantu menurunkan suhu badan. Tpi jangan arah abgin tu tepat pd bayi. 

Nasihat doc:

Ubat demam diberikan jika tepid sponging gagal atau jika suhu badannya mencapai lebih dr 38 °C. 
Klu bayi/anak anda DEMAM BERPANJANGAN lebih 2 hari dan kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit, ini tanda INFEKSI KUMAN/VIRUS yg tubuh bayi/kanak anda dah melarat. Segeralah bawa ke famili doktor anda. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.
Segera rawat DEMAM ANAK ANDA. ELAKNYA daripada DEMAM SAWAN PANAS/ “Febrile Fit"




Sumber :  Dr. Abdul Rahim

❀ No comments ❀