

Penulisan penuh oleh: Farid Rashidi
Ramai pula yang bertanyakan tentang masalah kening.
Diakui memang trend berhias pada kening ini menjadi kebiasaan gadis remaja. Bahkan hingga ke mak orang pun join sekaki.
Sebelum masuk ke bab hukum, apa kata mari kita tahu dulu maksudnya.
Membuang bulu kening (النَّمْصُ)
Maksudnya membuang (cukur) atau mencabut bulu kening agar kelihatan halus dan lembut. Tujuannya adalah untuk menyamakan, membentuk seperti apa yang dikehendaki.
Dulu trend mencukur bulu kening hingga halus. Sekarang trend kening tebal ala Shin Chan. Cuma bezanya dulu perlu dicukur dan dinipiskan. Sekarang lukis dan conteng.
Ok, tarik nafas dulu. Panjang juga ni. Sila baca dengan tenang dan gembira ya.
Eh gembira? Bukan, maksudnya rilex. Chillex. Teruskan.
Jadi apakah hukum kedua-dua teknik ini?
Hukum mencabut, mencukur dan membuang bulu kening.
Fuqaha’ bersepakat bahawa HARAM mencabut bulu (menggunakan tweezers) yang tumbuh pada alis mata (kening), menipis dan menghaluskannya. Tak kiralah mahu cukur semua dan lukis balik, atau cukur dan menipiskan agar terbentuk seperti lengkungan dan lenturan yang terletak elok.
Kerana apa? Kerana ia termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan ALLAH SWT.
Dalilnya:
Daripada Ibrahim bin al-Qamah, dari Abdullah berkata:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
Maksudnya: “ALLAH melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah.”
[Sahih al-Bukhari Bi Syarh Fathu al-Bari Jil.10, 377, Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi Jil.14, 106]

Bukan sahaja HARAM, tetapi juga turut di LAKNAT. LAKNAT ini bukan sahaja terkena pada orang yang dicukur, tetapi turut terkena kepada si pencukur.
Bayangkan kalau dia buat service cukur kening, berapa banyak dosa dan laknat dia dapat? ALLAHu Rabbi. Takutkan? Orang ada iman dalam hatinya akan rasa sangat takut tau.
Laknat ini bukan benda main-main.
Maksud LAKNAT:-
البعد عن رحمة الله تعالى
“Menjauhkan dari rahmat ALLAH ta’ala dan pahala-Nya”. [‘Umdatul-Qaariy 22/117]
Tapi bagaimana pula bulu kening perempuan itu berlebihan hingga nampak pelik dan janggal?
Ini masalah khilaf.
Cuma di sini saya bawakan pendapat yang tepat (rajih) sahaja.
Pendapat yang tepat adalah harus.


Hujjahnya:
“…Tanggalkanlah dari kamu perkara yang dibenci sekadar kemampuan kamu.”
[al-Asqalani, Fathu al-Bari, 37]
Kaedah syarak menyebut:
الضَّرَرُ يُزَالُ
“Kemudharatan dihindarkan”
Ini kerana ingin mengembalikan perempuan kepada asal kejadiannya (tak ada misai, janggut dll) dengan berpandukan syarat-syarat berikut:-



Bagaimana pula hukum melukis kening (Eyebrow without trimming)?
Haram hukumnya :-


Ulama’ Islam bersepakat bahawa mengubah ciptaan ALLAH dengan tanpa sebarang tujuan adalah haram.
Harus hukumnya :-




Kesimpulannya, tiada guna wajah cantik, kening melentik tetapi perangai tak menarik.
ALLAH cipta manusia cukup indah. Kening tebal mahupun nipis, tetap ada peminatnya. Ada lelaki yang suka. Jadi tak perlulah bersusah payah mengubahnya tanpa sebab. Nanti merana diri dan poket.
Ok selesai.
Boleh share ke seluruh alam buana.
dapatkan lebih banyak info dan perkongsian ilmu agama yang bermanfaat.
InsyaALLAH.
❀ No comments ❀
Post a Comment