Wednesday 1 November 2023

KEK OREN SEMPOI!!! : SIMPLE ORANGE CAKE



Hai, selamat petang sahabat pembaca!! 
hari ni syasya nak kongsikan resepi kek orang dulu-dulu. 
Ya Allah, syasya baru teringat yang syasya ade mengidam masa mengandung..
tapi tak de la teruk suh suami pegi cari kek ni waktu tu.
Kisah ni berlaku tengah malam bulan puasa tak silap..
Masa turun tangga di rumah mak mertua tiber ade bau oren..
Rupa kek oren da terbayang2 da kat kepala ni..nak-nak baru keluar dari oven..Sedapnya!!

Tup-tup hampehhh tul....rupa-rupanya family sebelah mertua tgh makan buah oren aje!! 
Rasa teringin nak makan kek oren tu.. adussss ngencess..tapi takpe.. bende boleh buat yeaa..
Syasya dapat dpd facebook tak silap Nieza Nor Hamira. 
Senang sangat, dan kompem anti gagal. Rasa pun sedap, tak muak.
Cuba lah, bau semerbak tak menahan.
Bukan sahaja boleh dibuat hidangan ketika raya tapi untuk minum-minum petang pon boleh!
Selamat mencuba yea!


Bahan-bahan kek

 1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
 3 sudu teh sunquick
 1 1/2 cawan gula
 4 biji telur
 1 cawan minyak
 Sedikit garam
 2 cawan tepung gandum
 2 sudu teh baking powder


Cara-cara membuat kek

 Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
 Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
 Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
 Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
 Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
 Panaskan ketuhar pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang. Masukkan ke dalam ketuhar.. siap!!


Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia bersama keluarga di suatu masa. Yummehhh!!!


Credit to Nieza Nor Hamira

❀ No comments ❀