Tuesday 14 November 2023

NASI MINYAK ALA-ALA KENDURI GITUWWW!!!!



Hai sahabat bloggers! Entry kali ni Syasya nak share resepi Nasi Minyak ala-ala kenduri gituwww..
Resepi ni Syasya dah buat pon minggu lepas and memang menjadi. Thanks Che Nom!! Nasi Minyak ni kalau makan engan Ayam Masak Merah memang padu terukksss!!! Boleh klik 👉  AYAM MASAK MERAH untuk tengok resepinya. Baiklah, tanpa melengahkan masa jomlah tengok bahan untuk masak Nasi Minyak. Selamat mencuba uolls!




Bahan-bahan:

Bahan-bahan nasi minyak:

 3 cwn beras basmathi
 3 1/2 cwn air
 1 cwn susu cair
 3 sb minyak sapi
 2 sb minyak masak
 1/2 biji bawang besar
 3 ulas bawang putih
 2 biji bawang merah
 2 inci halia
 1 helai daun pandan
 Rempah 4 sekawan
 1/4 cwn kismis
 1 sk gula
 Garam secukup rasa
 Pewarna kuning/oren
 Bawang goreng
 Gajus
 Daun ketumbar

Bahan-bahan rempah 4 sekawan 

1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang


Cara Penyediaan

Cara-cara untuk nasi minyak:

 Potong bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Halia hiris tebal dan ketuk kasar.
 Daun pandan carik dan simpul.
 Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih
 Rendam beras (kurang dari 30 minit), basuh dan toskan air.
 Panaskan minyak sapi dan minyak masak
 Tumis rempah 4 sekawan.
 Masukkan bawang tumbuk, daun pandan, hirisan halia dan bawang besar. Kacau sampai bawang besar layu.
 Masukkan kismis dan kacau sekejap.
 Masukkan beras dan goreng sekejap.
 Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
 Pindah masuk kedalam pressure cooker / periuk nasi.
 Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan 10 minit.
 Sapu dekat bahagian atas nasi dengan minyak sapi (1 sudu besar).
 Keluarkan hirisan halia dan daun pandan.
 Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.


Tips:

 Gunakan cawan yang sama untuk sukat beras, air dan susu cair.
 Untuk dapatkan nasi yang tak melekat dan sebiji-sebiji berderai, Che Nom goreng dulu beras masa menumis, beras akan bersalut rata dengan minyak sebelum kita masukkan air.



SUMBER : CHE NOM

❀ No comments ❀